PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 25 October 2014

Menziarahi Jenazah Di rumah kak Sapiah Bakar ..







Antara yg turut hadir,YB Datuk Shahrul Yahya dan Dr Nik Azli KP Umno Bagan Datoh ..
Pemimpin berbakti.Kami berbudi..Bijak bergaul.. Kami segani..Tak kira usia.. Semua di teguri..
Kerendahan diri.. Pemimpin disayangi..Alhamdulillah..Jenazah selamat dikebumikn..Selepas solat jumaat petang tadi..Semoga arwah ditempatkan dikalangan..Orang-orang yang beriman.. Amin..

KP Mengunjungi dan Melawat Ketua Cawangan Parit 23 Tanjung Bayan kekanda jaka dan pemuda-pemuda Serta belia









KP Mengunjungi dan Melawat Ketua Cawangan Parit 23 Tanjung Bayan kekanda jaka dan pemuda-pemuda Serta belia.Tujuan untuk aktifkan cawangan pemuda.Alhamdulillah sambutan yang amat baik dan menggalakkan.syukur pada allah.

Friday, 24 October 2014

Persiapan Pemuda Umno Bagan Datuk Untuk Program Fiesta Belia Warisan Islam






























Syabas kepada semua pemuda umno dan Belia yang di ketui oleh Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk yang telah bertungkus lumus melakukan persiapan untuk Program Fiesta Belia Warisan.Terima ksaih kepada semua yang terlibat menjayakan persiapan program ini....Terbaiklah Pemuda Bagan Datoh

Pertembungan Budaya Asing, Agama Pesongkan Umat Islam



BLOG REZQEEN HILL - Program yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.

Program itu telah melanggar dua point di bawah :

Hukum menyentuh anjing?


1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing?


2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." [Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak." [riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari" [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)


Aznil meluahkan pendapatnya di Twitter tetapi dijawab semula oleh Aziz M. Osman. Ini di antara perbezaan orang yang tahu mengenai hukum dan tidak tahu. Mungkin Aziz M. Osman tak pernah mendengar ungkapan agenda pihak tertentu untuk meliberal & mempluralkan agama Islam.

Ada pendapat agama mengatakan, ada perbezaan sengaja dan tidak sengaja terkena najis. Sengaja tu haram, tak sengaja tu tak haram. Banyak orang berpendapat semua itu tak haram sebab mereka memudahkan hukum² Allah.

Pendapat peribadi saya mudah saja untuk para Pembaca fahami.

Thursday, 23 October 2014

Najib : Jangan Terpedaya Puak Ekstremis



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis dalam perjalanan mereka untuk mencapai matlamat bersama.

Beliau berkata mereka perlu berupaya mengatasi segelintir pihak yang mensensasikan pandangan sempit dan berpuak dengan memperakui dan bertegas dengan komitmen mereka terhadap satu sama lain.

"Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal kuat dan stabil bukannya segelintir pihak yang berkata sesuatu untuk memecah-belahkan kita tetapi sejumlah besar mereka yang melakukan pelbagai perkara untuk menyatukan kita," katanya dalam perutusan Deepavali 2014.

Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rakyat Malaysia membawa bersama adat resam dan tradisi unik mereka untuk melengkapi struktur masyarakat dan bekerja keras serta melakukan pengorbanan untuk menjadikan negara berada pada tahapnya sekarang.

"Semua ini dapat dilakukan kerana semua rakyat Malaysia berkongsi aspirasi serupa untuk hidup dalam harmoni dan sejahtera dengan satu sama lain," katanya.

"Pastinya, kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat bersama kita tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai ramuan yang sama untuk berjaya.

"Ramuan berkenaan adalah rasa cinta kepada negara Malaysia kita, rasa sayang sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan," katanya.

Perdana Menteri berkata formula kejayaan Malaysia telah diperakui bukan sahaja oleh negara jiran malah oleh dunia.
Deepavali

Manifestasi terkini dalam perkara ini, katanya, adalah kejayaan besar negara yang diundi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini.

"Kejayaan kita menduduki kerusi itu membuktikan penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan pendekatan sederhana kita dalam menangani cabaran dalam negara, serantau dan antarabangsa," katanya.

Mengucapkan 'Deepavali Vaalthukal' atau Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, Najib menggesa agar salam persahabatan dihulur kepada satu sama lain sempena perayaan ini selain memastikan rakyat dan negara terus harmoni serta makmur.

"Tatkala kita berkongsi kegembiraan menyambut Deepavali bersama-sama, mari kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa Pesta Cahaya ini menyatukan kita untuk menuju masa depan bersama-sama dengan harapan dan impian kita.

"Saya menggesa masyarakat India untuk meneruskan kerjasama mereka dengan kerajaan berasaskan 'nambikei' (kepercayaan). Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan cahaya dan harapan sampai kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat," katanya.

Liwat II : Anwar Pertahan Tindakan Minta Bantuan Australia



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahankan tindakan pengikutnya meminta bantuan kerajaan Australia dalam usaha membebaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Menafikan beliau terdesak sehingga terpaksa mendapatkan sokongan negara asing, Anwar berkata tindakan pengikutnya itu dianggap perkara biasa berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam beberapa perkara.

"Isunya sekarang, kita mahu pertahankan kebebasan demokrasi dan mana-mana pihak yang mendukung kepimpinan (demokrasi) ia akan mempertahankannya di mana-mana.

"Jika benar mahu pertahankan, kebebasan itu juga perlu dipertahankan," katanya memetik laporan BH Online pada Majlis Solidariti di Jalan Tengku Kelana, Little India, di sini, petang semalam.

Semalam sebuah portal berita, melaporkan tiga wakil rakyat PKR diketuai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, bagi membawa kes pertuduhan liwat terhadap Anwar untuk perhatian antarabangsa.

Selain pertuduhan kes liwat, Rafizi bersama-sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung turut dilaporkan membawa isu berkaitan dengan Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau mengarahkan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh bagi mengikat Menteri Besar Selangor itu supaya menuruti kehendak parti dalam mentadbir negeri seperti mana yang didedahkan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Beliau sebaliknya menuduh perkara itu adalah mainan UMNO.

"Jika hantar pada saya, mesti saya dapat. Saya sudah periksa tetapi email itu tidak ada.

"Ini mainan UMNO. Selama ini, ini semua kerja UMNO," katanya.

Wednesday, 22 October 2014

Sentuh Anjing : Ada Kepala Tapi Tak Ada Otak - Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang terbabit dalam Program Sentuh Anjing atau 'I Want To Touch A Dog' adalah seperti manusia yang tidak berotak.
"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam," katanya berucap pada majlis sempena Pentadbiran Kelantan 24 Tahun di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai Program Sentuh Anjing yang diadakan di Selangor, kelmarin, yang membabitkan penyertaan orang Islam yang menyentuh dan memeluk anjing.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, umat Islam yang terbabit itu sebenarnya hendak mencari sesuatu yang memberi balasan teruk di akhirat nanti.
"Perkara seperti ini amat mustahak untuk ditangkis oleh umat Islam di negara ini sebelum ia menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam nanti.
"Saya berharap perkara ini dapat ditangkis secara rasional supaya ia tidak menggugat keharmonian di negara ini," katanya.
Nik Aziz berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam.