PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 22 September 2014

Beristirehat Di Rumah Umno Perak Sementara Menunggu Arahan Selanjutnya









Berehat seketika sementara menunggu arahan selanjutnya,Apa-apapun terbaiklah penduduk di Pengkalan Kubur.

Lawatan kesihatan di kawasan PDM Bunohan














Hari ini KP serta barisan pemuda umno bagan Datuk memberi perkhidmatan kesihatan di PDM bunohan.Alhamdullilah sambutan yang di tunjukkan oleh penduduk di situ sangat baik sekali amin..

Persiapan Pemuda Umno Bagan Datuk ke Pengkalan Kubur












Hari ini merupakan Persiapan Pemuda Umno Bagan Datuk ke Pengkalan Kubur.Doakan kami selamat pergi dan selamat sampai di sana amin...


Kenduri tahlil di kediaman dato sri zahid di bagan datoh












Menghadiri Kenduri tahlil di kediaman dato sri zahid di bagan datoh.Tahniah kepada Pemuda-pemuda yang  menjadi penyambut tetamu kepada tetamu-tetamu dato sri Zahih Hamidi.Alhamdulillah semua berjalan amat baik amin....

Sunday, 21 September 2014

Muktamar PAS: Bukan Selamanya Kerusi MB Selangor Milik PKR



BATU PAHAT  - PAS menghormati keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR namun ianya tidak bermakna ianya kekal milik parti

Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Mohd Sani Hamzan menjelaskan kerusi Menteri Besar Selangor boleh menjadi milik PAS jika parti itu menguasai kerusi Sewan Undangan Negeri (DUN) negeri.

"Kalau kita (PAS) nak ambil kerusi menteri besar tunggu Pilihan Raya Umum yang ke-14.

"Kalau kita menang, kita sapu 20 kerusi (DUN), masa itu kita boleh menjadi kerajaan negeri Selangor," katanya di Muktamar Tahunan PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau sementara itu turut memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang membelakangi PAS dalam beberapa isu termasuk pengumuman Langkah Kajang.

Katanya, sebagai rakan komponen PR, PAS perlu dilayan samarata demi muafakat antara parti.

"Kepada saudara Anwar Ibrahim, kepada Lim Kit Siang, nak apa-apa keputusan jangan buat keputusan sendiri. Bincang baik-baik dengan parti ini (PAS).

"Sebab yang kita nak lawan ialah UMNO dan Barisan Nasional (BN)," tegasnya lagi.

Saturday, 20 September 2014

Sah Wujud Usaha Gulingkan Presiden PAS



BATU PAHAT - Perwakilan PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengakui wujudnya usaha menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepertimana dakwaan khabar angin sebelum ini.
Berucap ketika Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Fadhli menjelaskan, usaha tersebut jelas diperlihat ketika pertemuan haluan kiri ini di Pustaka Azara, Kota Bahru ada 31 Ogos lalu.
"31 Ogos lalu ada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir untuk jatuhkan Presiden.
"Saya ada bukti video tersebut. Jika saya pasang di muktamar ini tak cukup masa. Panjang video itu," katanya di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan Pemuda PAS keluar dewan ketika persidangan Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini.
Kumpulan yang memakai vest yang tertera ungkapan 'Kami menyokong Presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU)' bertindak sedemikian ketika Timbalan Presiden Mohamad Sabu berucap merasmikan sidang muktamar tersebut.
Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan boikot Pemuda ke atas Timbalan Presiden disebabkan oleh kenyataan terbukanya membantah keputusan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor.
Tambahnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat memaluan parti dan dibimbangi akan membuatkan Presiden kecil hati.
"Saya kalau ada vest itu saya pun kan pakai.
"Perbezaan pendapat tak salah jangan bantah secara terbuka. Ini boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan akar umbi.
"Kalau ada perbezaan pendapat selesai dalam mesyuarat bukan di dada akhbar," tegasnya lagi.

Menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut














Hari ini KP serta exco pemuda menghadiri mesyuarat perwakilan umno bahagian lumut serta menunngu ketibaan Datuk zahid hamidi untuk merasmikan mesyuarat perwakilan umno bahagian lumut.Terima kasih Perwakilan Umno Bahagian Lumut.