PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Sunday, 25 May 2014
Tan Tuan Tat : Dyana Sofya Perkukuh Kuasa Dinasti Lim di Perak
KAJANG - Ahli-ahli DAP perlu berani melawan dan bangkit menentang kepimpinan sedia ada sekiranya wujud unsur-unsur penindasan melibatkan kuasa empayar besar di dalam parti itu.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat turut berkata, pencalonan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan didakwa menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti terutamanya di peringkat negeri Perak.
"Sangat jelas, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran telah menghantar 3 cadangan nama calon kepada pimpinan pusat. Namun sebagai penasihat DAP, kenapa meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud (sebagai calon)? Setidak-tidaknya hormat kepada kepimpinan yang ada di Perak.
"Ahli DAP perlu bangkit, jangan benarkan Dinasti Lim menindas.
"Apabila membenarkan Dyana sebagai calon DAP di Perak, ini bermakna terdapat cubaan seolah-olah mahu mengusir atau menafikan 'suara politik' Nga, Ngeh dan Kulasegaran.
"Jelas Kit Siang ada motif tersendiri apabila meletakkan Dyana di situ," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam masa sama, jelas Tuan Tat, status Dyana yang baru 'setahun jagung' menyertai DAP juga dipersoalkan. Bahkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada LKS itu juga perlu diubah berikutan anak muda graduan UiTM itu yang terus 'dibayangi' kuasa LKS.
"Berapa lama beliau (Dyana) menyertai parti? Adakah Kit Siang dan Guan Eng sedar, lagi ramai pejuang dalam DAP yang betul-betul bertungkus lumus kepada parti. Boleh dikatakan dia mempergunakan ahli-ahli DAP.
"Ketika dihadapan media, Kit Siang mengatakan bahawa Dyana sebagai Setiausaha Politik beliau. Namun jelas kita dapat lihat di televisyen Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Dyana (bantu Dyana menjawab soalan daripada wartawan).
"Kit Siang perlu menghentikan hipokrasi ini," tegas beliau.
Saturday, 24 May 2014
Tindakan Rayer Memalukan - Muhyiddin
TELUK INTAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Rayer seorang yang tidak mempunyai budaya berhubung kenyataan beliau ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Muhyiddin Yassin berkata, tindakan yang dilakukan oleh RSN Rayer hanya memalukan parti yang diwakili oleh beliau.
"Saya sangat berduka cita dengan sikap seorang pemimpin rakyat yang tidak ada nilai kesopanan. Walaupun kita boleh berkata apa sahaja tetapi perlu ingat yang kita mempunyai adat, tatatertib dan disiplin yang perlu diikuti.
"Tidakan yang beliau lakukan hanya memalukan parti yang diwakili. Beliau tidak sewajarnya mengukapkan perkataan berikut berkali-kali. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan UMNO mereka perlu mengikut adap dan cara sopan santun tapi malangnya ia telah menggambarkan parti yang tidak bersopan santun,"katanya kepada pemberi pada majlis Ramah Mesra di Dewan Orang Asli Erong, hari ini.
Tambah beliau, sikap Pemuda UMNO yang membuat bantahan di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur adalah satu sifat semula jadi di mana mereka mahu mempertahankan maruah parti.
"Saya berfikir itu adalah cara yang sangat semula jadi jikalau partinya dicabar dan mereka tidak akan mendiamkan diri. Kita juga mengetahui bahawa sikap pemuda sentiasa bersemangat untuk mempertahankan maruah parti daripada tercemar yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
"Mereka tidak akan berdiam diri. Saya faham perlu mengikut peraturan yang sedia ada dan tidak boleh melanggar undang-undang kerana kita sebuah parti yang menyokong perlembangaan negara,"katanya lagi.
Baru-baru ini RSN Rayer telah menggelarkan UMNO sebagai celaka ketika persidangan DUN Pulau Pinang lantas dengan itu Pemuda UMNO dengan beberapa pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah membuat bantahan bertujuan menuntut ADUN tersebut memohon maaf berikutan kenyataan tesebut.
Melakukan pemeriksaan Di PDM Pekan Baru
Hari ini skuad pemuda bagan datuk melakukan pemeriksaan Di Pdm Pekan Baru untuk meninjau bilangan pengundi di kawasan itu dan memastikan golongan pemuda keluar mengundi pada 31 mei ini...
Friday, 23 May 2014
Meninjau dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran
Hari ini Ketua pemuda dan barisan exco bagan datoh meninjau Keadaan rumah terbakar di sg balai darat bagan datoh.semoga allah memberi kekuatam kpd tuan rumah n keluarga.syukur tiada korban nyawa berlaku.allah maha berkuasa n maha memberi kekuatan kpd keluarga mangsa
Kemesraan pemimpin bersama rakyat
Kemesraan mudah terjalin bila Dato Mah Siew Keong calon B.N berasal dari Teluk Intan dan memang amat dikenali ramai.
Thursday, 22 May 2014
Kempen rumah ke rumah wanita bersama pemuda disamping mengenalpasti pengundi-pengundi muda teluk intan
Hari ini ketua pemuda bagan datuk bersama wanita umno telah berkempen rumah ke rumah untuk memberitahu mereka supaya keluar mengundi pada 31 mei ini,Di samping itu juga mereka mengharap golongan muda keluar mengundi bagi memilih calon yang menjadi pilihan mereka dan memastikan pilihan mereka pilihan yang betul...
Persiapan menyiapkan bilik gerakan pusat mengundi pekan baru
Hari ini ketua pemuda dan barisan exco bagan datoh menyiapkan bilik gerakan daerah pusat mengundi pekan baru untuk persiapan bagi pilihan raya kecil teluk intan.Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Subscribe to:
Posts (Atom)






















