Hari ini merupakan hari perkahwinan saudaraku di bagan datuk,kami barisan pemuda bagan datuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau dan isteri semoga kekal ke anak cucu.....
PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Saturday, 19 April 2014
selamat pengantin baru kepada saudara ku
Hari ini merupakan hari perkahwinan saudaraku di bagan datuk,kami barisan pemuda bagan datuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau dan isteri semoga kekal ke anak cucu.....
selamat pengantin baru sahabatku
Hari ini KP bagan datuk serta barisan exco pemuda telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami di bagan datuk,kami di sini mengucapkan selamat pengantin baru kepada beliau semoga kekal ke anak cucu amin.................
Friday, 18 April 2014
Makan tengahari bersama dato sri zahid hamidi di restoran udang galah teluk intan
Hari ini dato sri zahid dan KP serta barisan exco umno bagan datuk beramah mesra dengan warga teluk intan di restoren mee udang galah sambil makan tengah hari bersama....
Perak Mulakan Fasa Ketiga Ops PATI
Perak mulakan fasa ketiga operasi memburu pendatang tanpa izin (PATI) yang menyalahgunakan pas lawatan sosial bagi menjalankan aktiviti maksiat di sekitar negeri ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata, beberapa negeri sudahpun memulakan operasi fasa ketiga itu sejak 21 Januari lalu dan setakat 16 April, seramai 10, 399 PATI diberkas di seluruh negara.
Beliau berpendapat, kegagalan beberapa operasi sebelum ini adalah disebabkan ia telah dihidu lebih awal oleh pihak majikan atau PATI sendiri dan bukanlah berpunca daripada kebocoran maklumat di kalangan pegawai yang terlibat.
Menurut beliau, kegagalan tersebut lebih kepada jaringan yang dibuat di antara pihak-pihak majikan yang berkongsi maklumat di antara mereka sediri untuk mengelak daripada dicekup.
"Tahap ketiga ini agak sukar kerana ia melibatkan pusat hiburan dan rumah urut, mereka mempunyai jaringan di antara mereka sendiri yang sentiasa berkongsi maklumat.
"Namun KDN dan agensi-agensi dibawahnya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab kita, kita akan mempergiatkan lagi operasi kita dari masa ke semasa," katanya pada satu sidang media di Ipoh, awal pagi Jumaat.
Dr. Zahid sendiri menyertai satu operasi yang dinamakan Operasi Bersepadu Bersama Menteri Dalam negeri yang dijalankan oleh Imigresen dan beberapa lagi agensi lain.
Agensi lain terlibat dalam operasi itu adalah Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga agensi-agensi di bawah KDN.
Dua pusat hiburan di sekitar Ipoh telah diserbu ketika operasi yang berakhir kira-kira jam 3.30 pagi itu, namun tiada sebarang tangkapan dibuat.
Thursday, 17 April 2014
YAB Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Mendiang YB Karpal Singh
YAB Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Mendiang YB Karpal Singh siang tadi diiringi oleh anak mendiang YB Gobind Singh Deo serta ahli keluarga. Takziah buat ahli keluarga mendiang.
Wednesday, 16 April 2014
Lapan Ditahan Akibat Pertempuran Penyokong Liga Super di Stadium Ipoh
Polis menahan lapan lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh pada Selasa malam.
Insiden berlaku sebaik sahaja tamatnya perlawanan Liga Super membabitkan Perak dan pasukan JDT di mana pasukan tuan rumah mengalami kekalahan 0 - 1.
Dalam kejadian membabitkan penyokong itu, dua petugas media, dua anggota keselamatan dan beberapa penyokong dilaporkan cedera.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mereka ditahan malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam mencetuskan kekecohan sehingga memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyuraikan keadaan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata.
Semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Perlawanan Perak - JDT di Stadium Ipoh Bertukar Ganas
Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak pada Selasa malam menyaksikan keganasan dilakukan penyokong hingga menyebabkan petugas media dari NSTP dan Sinar Harian cedera dibaling objek dipercayai mercun dan batu.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan penyokong salah satu pasukan terhadap pasukan lawan tetapi mengenai petugas media terbabit selepas Perak kecundang 0-1 di tangan pihak lawan.
Sebelum itu penyokong JDT turut diarahkan untuk menunggu di dalam Stadium Perak sebaik perlawanan tamat bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini membabitkan kedua-dua penyokong.
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di laluan keluar kedua-dua penyokong bagi menyuraikan keadaan kekecohan yang dicetuskan.
Penyokong tuan rumah yang kecewa dengan kekalahan di tempat sendiri juga dilihat enggan meninggalkan persekitaran stadium meski pun diarahkan petugas keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Difahamkan pihak polis juga turut menahan empat penyokong tuan rumah yang dipercayai bertindak memulakan insiden kekecohan tersebut.
Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang enggan berganjak kerana mahu menunggu penyokong JDT keluar dari stadium.
Subscribe to:
Posts (Atom)












