PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 20 March 2014

Isu Dadah : Khairy Bawa ke Jemaah Menteri Esok



KUALA LUMPUR, 20 Mac - Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membawa isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kepada Jemaah Menteri esok, susulan kematian enam orang akibat mengambil dadah berlebihan pada satu konsert di sini minggu lepas.

Khairy berkata perkara itu perlu diketengahkan kepada kabinet bagi mempergiat usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada golongan belia mengenai penyalahgunaan dadah.

"Kita bukan sahaja mahu melihat dari segi penganjuran konsert tetapi juga perkara pokok iaitu kesedaran dan pendidikan yang perlu diberikan kepada generasi muda berkaitan dengan penyalahgunaan dadah terutamanya apabila dicantumkan dengan acara-acara hiburan.

"Bukan kita ingin menghalang penganjuran mana-mana konsert tetapi saya harap perkara ini(penyalahgunaan dadah) dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Perundangan Belia Negara Ketiga 2013-2014 di Pusat Belia Antarabangsa di sini, hari ini.

Beliau berkata KBS amat berharap insiden itu, yang turut menyebabkan beberapa lagi belia kritikal kerana pengambilan dadah berlebihan ketika menonton konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil, tidak berulang.

Dalam kejadian awal Sabtu lepas, tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 dan 28 tahun meninggal dunia manakala 14 lagi dirawat di hospital akibat pengambilan dadah berlebihan.

Konsert tiga hari itu, yang bermula Khamis lepas, dibatalkan pada Sabtu berikutan kejadian itu.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementerian akan memberikan insentif berjumlah RM2,000 kepada mana-mana pertubuhan belia yang berjaya mencapai penarafan lima bintang berdasarkan penilaian oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia.

Sistem penarafan bintang pertubuhan belia yang diperkenalkan tahun lepas merupakan kaedah penilaian terhadap semua pertubuhan belia berdaftar mengikut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

"Kita akan mempraktikkan sistem sama pada masa akan datang bagi mana-mana persatuan belia yang menunjukkan prestasi yang baik. Kita akan memberi insentif berbentuk peruntukan tambahan supaya persatuan dapat menjalankan program dirangka," katanya.

Persidangan sehari itu yang dihadiri perwakilan KBS, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu antara lain membincangkan kajian hasil makmal kos sara hidup oleh MBM serta penyertaan belia dalam pertubuhan koperasi di negara ini.

Wednesday, 19 March 2014

Tarik Kenyataan Atau Raja Bomoh Saman Khairy, JAIS


KUALA LUMPUR 19 Mac - Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin akan menfailkan saman kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta jika kenyataan yang dikeluarkan terhadap dirinya tidak ditarik balik.
 
Tindakan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP itu ekoran desakan Khairy yang mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas dikenakan terhadap perbuatan menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.
 
Isnin lalu, Ibrahim bersama pasukan bomohnya mengejutkan pengunjung KLIA  dengan melakukan ritualmenggunakan bubu mata pancing dan batang buluh.
 
Ianya diikuti keesokan harinya apabila Raja Bomoh itu menjalankan ritual menggunakan tikar, bakul mengkuang dan dua biji kelapa dalam misi mencari pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga kini.
 
Upacara ritual yang dijalankannya bersama dua lagi pengikutnya itu mendapat kritikan meluas di media-media sosial selain dijadikan parodi.
 
"Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi.
 
"Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara.
 
"Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!," katanya.
 
Ibrahim turut mendakwa tindakan Jais telah mengakibatkan eliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual.
 
"Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya.
 
"Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya mendakwa mempunyai pengalaman sebagai bomoh selama 50 tahun.

Tuesday, 18 March 2014

Kebanyakan Data Simulator Kapten Zaharie Dipadam



PUTRAJAYA - Kebanyakan maklumat dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini masih dalam siasatan polis telah dipadamkan pemiliknya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini semua input dalam simulator itu sedang diuji dan dikaji.
Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kaedah forensik untuk memperoleh semua maklumat yang telah dipadamkan itu.
"Harus diingat bahawa apa yang dilakukan pihak polis bukan untuk menuduh atau mahu menekan mana-mana anggota keluarga, tetapi dibuat untuk menjalankan siasatan paling teliti dan rapi supaya punca kejadian dapat diketahui.
"Kita kaji dan membuat siasatan jika terdapat beberapa kemungkinan untuk pihak polis mengkaji sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama para penjawat awam di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang itu untuk diperiksa oleh pakar dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari pesawat itu.
"Saya fikir polis sedang mengambil beberapa aspek terutamanya kita undang beberapa pakar yang terlibat dalam Boeing 777 dan pakar yang mengendalikan simulator latihan dan beberapa aspek teknologimaklumat (IT) kerana ia mempunyai kaitan dan pihak polis sedang minta kerjasama daripada pihak ini," kata Ahmad Zahid.
Menurutnya maklumat terperinci mengenai hasil siasatan itu belum dapat dimaklumkan memandangkan siasatan masih dijalankan.
"Saya yakin oleh kerana perkara ini sesuatu yang dikatakan 'pengendalian', saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara untuk memberikan maklumat apabila tiba masanya kepada mediadan untuk diketahui masyarakat," katanya.
Ahmad Zahid berkata polis turut melakukan penyiasatan di rumah pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, namun tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai penglibatannya jika pesawat itu dilencongkan.
Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan bahawa Malaysia tidak memberi kerjasama kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) dan polis antarabangsa (Interpol) mengenai misteri kehilangan MH370.
"Kita yang minta mereka bekerjasama dengan kita kerana tidak boleh bersendirian dalam siasatan ini. Banyak negara itu mempunyai pengalaman mereka sendiri dari segi menangani kehilangan pesawat atau mempunyai sistem komunikasi yang boleh membantu mengesan di mana pesawat itu berada.
"Matlamat kita untuk mencari di mana kapal terbang itu. Kita bekerjasama rapat dengan semua badan perisikan antarabangsa," kata beliau.
Sementara itu, beliau berkata langkah-langkah keselamatan di kesemua pintu masuk negara akan terus diperketatkan dan ditambah baik termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami sudah ambil beberapa langkah. Saya sendiri yang telah mempengerusikan mesyuarat itu," katanya.
Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Monday, 17 March 2014

sumbangan dan Penghantaran alatan sukan kepada cawangan sungai nipah baroh oleh NKP bagan datuk











Penghantaran alatan sukan kepada cawangan sungai nipah baroh, sungai batang, matang kunda, luar bandar simpang tiga dan parit 23.yang diserahkab oleh En Aziz bin Mokhtar Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh

Sunday, 16 March 2014

Melawat rumah bonda en.zahari di sg belukang yg mana rumahnya ditimpa pokok kelapa








Hari ini KP serta barisan exco pemuda bagan datuk telah pergi melawat rumah bonda en.zahari di sungai belukang akibat di timpa pokok malam tadi,kami sebagai pemuda akan membantu serta memberi sumbangan kepada mereka serta akan membaiki balik rumah ini.

KP dan NKP Bersama pemuda-pemuda Bagan datuk di stadium perak menyaksikan perlawan perak dengan sime darby FC









Malam tadi ketua dan naib ketua pemuda bagan datuk serta pemuda telah hadir ke stadium bagi memberi semangat kepada pasukan perak walaupun pasukan perak kalah tapi kami sebagai pemuda bagan datuk tetap akan menyokong perak selamanya,ayuh perak buktikan anda boleh jangan cepat mengalah,kami tetap di belakang anda

Saturday, 15 March 2014

Penyampaian BR1M Fasa 2 di Dewan serbaguna Hutan Melintang










Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda serta barisan exco pemuda bagan datuk telah hadir ke program penyampaian BRIM fasa di dewan seberguna hutan melintang,Turut hadir datuk zahid hamidi yang merasmikan program serta menyampaikan Brim kepada penduduk kawasan bagan datuk terutamanya di hutan melintang.Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini