PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Saturday, 22 February 2014

Pemeriksaan kesihatan anak kepada encik wan di kampung selekoh











Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda bersama barisan exco pemuda bagan datuk telah pergi ke selekoh untuk meneruskan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk disana.aktiviti seperti ini memang di lakukan pada setiap minggu untuk memastikan penduduk yang mempunyai masalah kesihatan atau masalah pengangkutan untuk pergi ke klinik dapat kami pantau dan di jaga dengan baik.

alhamdulilah,kami bersyukur kepada allah kerana memberi kami tenaga untuk membantu mereka yang memerlukan,siapa lagi hendak membantu mereka kalau bukan kami sebagai pemuda di kampung ini,tanpa mereka kami tak akan wujud,jadi sekarang kami akan menjaga mereka dengan baik..........

Mesyuarat pengurusan bahagian umno bagan datoh







Mesyuarat pengurusan bahagian umno bagan datoh dipengerusi timbalan ketua bahagian hj khairudin hj tarmidzi.teruskan perjuangan dan agenda parti n kerajaan

Friday, 21 February 2014

Majlis penyampaian cek biasiswa yayasan perak oleh YB ADUN Rungkup Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya merangkap EXCO Negeri Perak bersama ketua pemuda dan naib ketua pemuda bagan datoh












Minum petang bersama ketua-ketua kampung di bagan datoh


Hari ini ketua pemuda dan naib ketua pemuda umno bagan datoh mengadakan sesi minum petang dan berjumpa  ketua-ketua kampung untuk mengetahui dan berbincang masalah keadaan kampung mereka dan menyelesaikan masalah rakyat yang di hadapi oleh mereka.Selain itu juga merapatkan lagi hubungan ketua pemuda dan ketua-ketua kampung semua...................

Thursday, 20 February 2014

Mahathir Gambarkan Anwar Ibarat Biawak Chameleon


KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menyofatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biawak chameleon berikutan sikapnya yang boleh bertukar mengikut keadaaan dan individu yang ditemuinya.

Menurut Mahathir, sifat Anwar yang sering berubah dan tidak tetap pendirian tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Walaupun Anwar berubah, sifat semula jadi tidak akan dapat ditukar. Anwar sebelum ini berkata tidak akan bertanding di Kajang, tetapi akhirnya bertanding juga," katanya.

Kata Mahathir, Anwar telah menunjukkan muka sebenar dalam isu pendidikan Cina ketika beliau menjadi menteri Kabinet suatu masa dahulu.

Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggambarkan Anwar sebagai harimau bintangseperti pepatah Inggeris 'a leopard can't change its spots' berikutan sifat buruk Penasihat PKR itu tidak akan berubah.

Mungkinkah Teresa Didakwa Di Bawah Sosma?


KUALA LUMPUR 20 Feb - Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan samaada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berikutan terbitan video 'Onederful Malaysia' sebelum ini.
 
Menurut veteran DAP itu, Khalid pernah menjelaskan sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan di bawah Sosma sekiranya mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
 
"Siapa yang Khalid nyatakan akan didakawa di bawah undang-undang pengganas sekiranya mencetuskan ketegangan antara kaum?
 
"Saya mengutarakan soalan ini samaada Ketua Polis fikir Teresa Kok akan ditangkap mengikut akta Sosma kerana saya terkejut apabila Khalid menggamarkan klip video 'Onederful Malaysia' oleh Teresa Kok adalah sebahagian daripada kempen menyebarkan kebencian yang menggugat keharmonian di dalam negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
alt
 
Jelas Kit Siang, kritkan terhadap kerajaan tidak boleh dianggap sebagai aktiviti pengganas dan pihak berkuasa tidak boleh menggunakan kuasanya terhadap perkara sedemikian.
 
Katanya lagi, akta tersebut juga tidak boleh digunapakai kepada sesiapa yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
 
Terbitan video 'Onederful Malaysia' bulan lepas mendapat pelbagai reaksi negatif dari pelbagai masyarakat berikutan tidak puas hati dengan tindakan Teresa memainkian isu-isu sensitif.
 
Video tersebut memaparkan Teresa sebagai moderator bersama tiga panelis yang merupakan pelakon tempatan berbangsa Cina mengupas isu berkaitan keselamtan negara termasuk isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu secara sinikal.
 
Berikutan ratusan laporan polis di terima, kesemua pelakon termasuk Teresa telah dipanggil polis bagi membantu siasatan mengenai dakwaan mencetuskan ketegangan yang boleh membawa rusuhan.
 

Wednesday, 19 February 2014

Perjumpaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seluruh Negeri Perak bersama Datok Tajuddin Abdul Rahman



Perjumpaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seluruh Negeri Perak bersama Datok Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) turut kelihatan ketua pemuda umno bagan datoh