Dr.NIk Menghadiri Mesyuarat AJK Dan Majlis Berbuka Puasa Biro Pemuda Umno Bahagian Bagan Datuk.Terima Kasih kepada Semua yang terlibat menjayakan Majlis ini dengan baik.
PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Tuesday, 7 July 2015
Menghadiri Mesyuarat AJK Dan Majlis Berbuka Puasa Biro Pemuda Umno Bahagian Bagan Datuk.
Dr.NIk Menghadiri Mesyuarat AJK Dan Majlis Berbuka Puasa Biro Pemuda Umno Bahagian Bagan Datuk.Terima Kasih kepada Semua yang terlibat menjayakan Majlis ini dengan baik.
Monday, 6 July 2015
Program Bersahur Bersama Rakan-rakan Pemuda Belia Di Rungkup
Dr NIk Menghadiri Program Bersahur Bersama rakan-rakan pemuda belia di rungkup.Turut serta NKPB aziz,suk jem dan kamil bersama exco2 dan kpc2 yang berhampiran.Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini bersama.
Sunday, 5 July 2015
Tun M Sabotaj Ekonomi Negara - Tengku Aziz
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan tindakan yang telah memburukkan imej negara sekaligus dilihat mensabotag ekonomi negara ekoran telah menghebahkan isu-isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke peringkat antarabangsa.
Presiden Pengasas Transparency International Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata wartawan Wall Street Journal, Ken Brown telah menerima maklumat palsu mengenai salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Dr. Mahathir.
"Dr. Mahathir juga pernah bercakap, beliau mempunyai beberapa lagi dokumen yang akan didedahkan dan apabila laporan Wall Street Journal itu diterbitkan, ianya cuma memetik kenyataan daripada sumber yang enggan dinamakan yang mana sumber berkenaan katanya terlibat dalam penyiasatan.
"Saya tidak mempunyai bukti fizikal (untuk menyokong dakwaan-dakwaan terhadap Dr. Mahathir) tetapi saya sangat percaya bahawa Dr. Mahathir memang telah memberi maklumat kepada wartawan Wall Street Journal berdasarkan beberapa tindakan beliau sebelum ini antaranya pernah dilihat bersama Claire Brown di London malah beberapa orang yang mempunyai hubungan dengannya telah dilihat bersama beliau.
"Jadi, petunjuk-petunjuk tersebut tidak jauh dengan sangkaan saya sekarang yang beliau adalah suspek yang bertanggung jawab mendedahkan maklumat tersebut," katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, tindakan Dr. Mahathir itu merupakan tindakan bagi mengalihkan perhatian umum terhadap Claire Brown dari Sarawak Report yang didakwa berurusan dengan dokumen yang telah dicuri dan dipalsukan oleh Xavier Andre Justo.
Tambah Tunku Aziz, firma guaman 1MDB sepatutnya perlu menyelesaikan isu yang membelenggu firma itu secara domestik mengikut kepakaran tempatan.
"Pelabur-pelabur asing tidak suka kepada ketidakstabilan. Lihat apa yang terjadi kepada pasaran saham dan matawang ringgit? Memang faktor luaran turut mempengaruhi pasaran saham dan kewangan Malaysia tetapi tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Dr. Mahathir telah menyebabkan kelemahan dan persepsi buruk terhadap Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Tunku Aziz turut berkata beberapa permintaan peribadi Dr. Mahathir yang ditolak oleh Najib tidak dipenuhi oleh perdana menteri adalah menyebabkan Dr. Mahathir berkerjasama bersama pihak asing.
Katanya, mewujudkan proksi dalam pentadbiran negara selain meminta pakej penyelamatan kepada pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. bernilai RM1.2 bilion yang mana Dr. Mahathir adalah pengerusinya
Saturday, 4 July 2015
'Najib Hanya Manusia Biasa.. Bukan Malaikat' - Hadi Awang
Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.
Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.
Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Friday, 3 July 2015
Sarawak Report Diserang kerana Berbohong
Serangan siber terhadap Sarawak Report merupakan 'pembalasan' terhadap tindakan laman web itu yang banyak melakukan pembohongan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia merupakan akibat selepas laman itu terlalu banyak membuat hasutan serta fitnah kepada rakyat negara ini.
"Baguslah. Lagipun banyak sangat pembohong, fitnah dan hasutan telah dibuat mereka," katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.
Wan Junaidi mengulas serangan siber ke atas laman web Sarawak Report sejak awal pagi Selasa. Bagaimanapun laman itu kembali beroperasi pada petang hari yang sama.
Thursday, 2 July 2015
1MDB: PM Tidak Perlu 'Berehat' Sepanjang Siasatan - KJ
Belum ada keperluan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti sementara siasatan berkaitan tuduhan pindahan wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke akaun peribadinya berjalan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, langkah berkenaan hanya boleh diambil sekiranya wujud tuduhan di mahkamah berhuhung kes tersebut.
"Beliau masih belum terbukti melakukan apa-apa kesalahan, perkara tersebut tidak timbul bahawa beliau perlu berehat atau tidak.
"Sebelum ini ada kes ahli politik yang dituduh di mahkamah dan kita minta supaya dia berehat. Ada menteri besar dan ketua menteri pernah diarah berehat.
"Dalam kes ini masih tidak ada apa-apa tuduhan. Jadi buat masa ini tidak ada keperluan (berehat)," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini, Isnin.
Mengulas lanjut Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meminta semua pihak bertenang sementara menunggu siasatan selesai.
"Saya percaya dan yakin bahawa siasatan sedang dijalankan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan yang melibatkan Bank Negara.
"Saya rasa tak perlu kita mendahului siasatan tersebut. Jadi jangan premature dan buat apa-apa kesimpulan.
"Saya juga percaya bila siasatan selesai, mereka akan buat pengumuman kepada awam mengenai hasil siasatan diperolehi," katanya.
Sebelum ini beberapa pimpinan pembangkang mencadangkan sebarang siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan pindahan wang itu akan “membazir masa” jika Najib tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sekurang-kurangnya 'bercuti' sepanjang siasatan sedang berlangsung.
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata, jika Najib terus memegang jawatannya, masyarakat sukar untuk percaya siasatan itu dijalankan tanpa bimbang dan berat sebelah.
Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir RM2.67 bilion milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Bagaimanapun, 1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Wednesday, 1 July 2015
DEB Mampu Bangunkan Ekonomi Negara -Tun M
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerangkan mengenai penulisan sebuah majalah “Foreign Affairs” mengakui bahawa biarpun wujud tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan negara-negara membangun yang lain.
Menerusi coretan terbaharu di blognya semalam, beliau menyatakan bahawa majalah ini memasukkan kajian rekod Malaysia mengenai hubungan antara kaum.
“Seperti yang saya jangkakan Kaum-Kaum hidup dalam harmoni yang relatif. Tiada pergaduhan kaum yang serius.
“Tindakan afirmatif di bawah DEB seolah-olah telah mengurangkan jurang perbezaan dalam pengagihan kekayaan antara orang Melayu asli dan orang Cina.,” katanya.
Tambahnya, majalah tersebut turut menyatakan mengenai Bumiputra memiliki hanya 2 peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19 peratus dan perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan.
Tambahnya, Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya manakala di India dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif tetapi hasilnya tidak sebaik seperti di Malaysia.
“Nampaknya Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain termasuk Amerika Syarikat.
“Dasar kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang ketara,” katanya.
Ujarnya lagi, Majalah Foreign Affairs juga seolah mengakui bahawa tindakan afirmatif Malaysia itu mempunyai merit.
“Sepertimana terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah Foreign Affairs.
“Media asing lain hanya menyalin laporan berat sebelah yang dibuat lama dahulu tanpa cuba untuk menyiasat realiti mengenai pengurusan hubungan kaum Malaysia dan pembangunan ekonominya,” katanya lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)