PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Wednesday, 4 February 2015

Jangan Biarkan Anwar 'Lari' - Zul Nordin



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya merujuk kepada lapuran polis yang dibuat oleh Sdr Zahid Md Arip, Mursyidul Am TIBAI mengenai kekhuatiran beliau kemungkinan Anwar melarikan diri keluar negara sebelum keputusan rayuan oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan kerana meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan!

Susulan daripada lapuran itu, saya dengan ini mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;

6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.

Saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Alvin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.

Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia.

Dan kita menghadapi masalah besar untuk mendapatkan perintah ekstradisi keatas kedua-duanya!

Atas alasan itulah saya mendesak supaya paspot antarabangsa dan semua kemudahan perjalanan antarabangsa Anwar dihalang serta merta sementara menunggu keputusan rayuan pada 10.02.2015.

Saya tidak menuduh Anwar akan melarikan diri, atau merancang untuk melarikan diri.

Malahan ada kemungkinan beliau mungkin terlepas dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 10.02.2015 ini. Atau mungkin sahaja Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahan dan menghukum beliau dengan hukuman selayaknya.

Itu terpulang kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusannya pada 10.02.2015 nanti.

Apa yang penting ialah kehadiran Anwar pada 10.02.2015 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada pagi 10.02.2015 untuk menerima keputusan Mahkamah hendaklah dipastikan.

Dan mengambil iktibar kes Alvavin dan Sirul, saya mencadangkan supaya paspot Anwar dirampas dan kemudahan perjalanan antarabangsanya disekat melalui kaedah yang sebutkan doatas sementara menunggu keputusan pada 10.02.

Semoga peristiwa Sirul Azhar Umar, Alvavin Tan dan lain-lain tidak berulang.

KEADILAN-4-SAIFUL

Zulkifli Bin Noordin

Tuesday, 3 February 2015

Puteri UMNO Desak Peniaga Turunkan Harga Barang Segera



Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan sikap peniaga yang enggan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol sebagai melampau.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyarankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk memastikan pengguna mendapat manfaat harga barang yang lebih rendah.

"Peniaga Bumiputera seharusnya menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan untuk itu mereka sepatutnya turut melakukan perkara yang sama terhadap pengguna, bukannya terus mengaut keuntungan yang berlebihan.

"Oleh kerana itu pengguna perlu bijak membuat pilihan. Sokongan anda untuk meletakkan kuasa pengguna paling tinggi amat diperlukan," katanya.

Beliau mengulas pengumuman harga baharu bagi petrol iaitu RON95 kini RM1.70 seliter penurunan sebanyak 21 sen manakala RON97 berharga RM2 seliter dengan penurunan sebanyak 11 sen.

Mas Ermieyati berkata, penurunan harga petrol telah memberi impak positif kepada ekonomi golongan muda terutama mereka yang baharu mempunyai keluarga dan wanita muda yang berpendapatan sederhana dan rendah, sepatutnya waktu ini adalah paling sesuai untuk membuat tabungan masa depan.

Beliau menggesa kerajaan mengadakan perbincangan dengan peniaga yang sengaja tidak mahu menurunkan harga barang.

"Mereka tidak sepatutnya menjual pada harga lama yang lebih mahal kerana kos pengangkutan telah turun," katanya.

Katanya, KPDNKK harus ada mekanisme mereka sendiri untuk memastikan peniaga menurunkan harga barang, selain mengambil tindakan terhadap perniaga terbabit, kementerian boleh mengadakan kempen turunkan harga barang.

Bongkar Foto Pertemuan Tertutup Pemimpin UMNO-PAS



BLOG JOMO MALAYA - Cerita pertemuan UMNO PAS kembali hangat diperkatakan... kalau sebelum ini, perkara tersebut sememangnya berlaku dan terjadi secara 'halus', kali ini plot cerita hampir sama, yang berbeza hanyalah pemain yang memainkan peranan kearah kerjasama ini.

Umum mengetahui, sebenarnya PAS dan UMNO membawa gerakan yang berbeza namun punyai banyak persamaan... Kalau selama ini, perbezaan yang dicari, maka jumpalah perbezaan itu, tapi kali ini, jika persamaan yang dicari, maka In Sha Allah akan dilorongkan jalan mencapai persamaan itu.

Kalau kisah sebelum ini adalah kisah yang benar berlaku, namun, disebabkan ketaksuban budak-budak pro Anwar dalam PAS memusnahkan segalanya... Politik kena pandai main, salah main, boleh tersungkur jatuh...

PAS yang ketika ini begitu tercalar dan tersentuh dengan karenah DAP dan PKR, membuatkan mereka tersebut antara perjuanagn parti atau terpaksa mengorbankan ideologi demi Putrajaya... belum pernah rasanya dalam sejarah PAS, mereka terpaksa mengorbankan apa yang mereka percaya demi mencapai cita-cita sekutu mereka... tapi kini ia sedang berlaku, dan sedar atau tidak, PAS kelihatan cukup lemah dalam menangani perkara ini...

Kalau dalam isu banjir, DAP kelihatan begitu bengang dengan PAS yang lebih mengutamakan Kerajaan Pusat daripada Sekutu mereka, apatah lagi MB Kelantan boleh bekerja bersama-sama PM Najib mahupun Tok Pa... PAS sekali lagi tersepit, antara mengutamakan kebajikan rakyat ataupun mahu terus berpolitik bersama sekutu mereka dan akhirnya mereka membuat keputusan yang tepat...

    "Kita tak tahu, kita hendak beritahu sejak dulu lagi Pas sentiasa terbuka, sikap ini ditunjukkan sejak dulu lagi oleh Tok Guru (Datuk )  sendiri, dengan pemimpin Umno dan Kerajaan Persekutuan.
     
    "Kita tidak pernah tutup pintu untuk bincang tentang kepentingan negara dan umat Islam, itu tidak jadi masalah bagi kita kerana isu ini mengatasi politik, bukan soal politik kepartian, tetapi kepentingan umat," katanya lagi.-sumber


Itulah sebab, kenyataan beberapa pemimpin PAS kebelakangan ini terhadap UMNO tidak sekeras sebelum ini... Apakah sudah ada signal diberikan oleh pucuk pimpinan tertinggi...? Atau apakah ada gerakan SULIT menggerakkan kerjasama antara PAS dan UMNO atas nama kemaslahatan UMMAH...?

JOMO: Apapun yang berlaku, PAS pastinya merasai penderitaan berkawan dengan parti yang pernah menjadi musuh mereka bertahun tahun... Mereka berkawan pun atas sebab Anwar Ibrahim... Apakah jalan mereka akan berakhir...? kalau tidak bergabung sekali pun, apakah UMNO PAS akan duduk bersama demi kepentingan rakyat...? Semoga ianya terbaik demi Agama Bangsa dan Negara.

Monday, 2 February 2015

PM : 'Ingatan Saya bersama Ahli Keluarga Mangsa MH370'



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hari ini melahirkan rasa simpati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, pencarian terhadap pesawat berkenaan akan diteruskan.

"Hari ini ingatan saya adalah bersama ahli keluarga kepada penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat MH370.

"Pencarian akan diteruskan.

"Malaysia, Australia dan China tetap komited untuk mencari pesawat," katanya menerusi entri akaun Twitternya semalam.

Najib berkata demikian sejurus pengumuman rasmi dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang mengisytiharkan kematian kesemua anak kapal dan penumpang MH370.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1.


Keluarga Hargai Kesudian Najib Ziarah Nik Aziz



Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Khamis lepas, memberi makna yang cukup besar buat keluarganya.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Mohamad Abduh berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.

"Terima kasih Perdana Menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya, Sabtu.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke Kelantan , meluangkan masa kira-kira 10 minit melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.

"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda telah mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.

"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.

Sunday, 1 February 2015

Nik Abduh Tempelak Tindakan Guan Eng Serang MB Kelantan



 Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang anggap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai buat kerja berkaitan dengan musibah banjir terburuk, bulan lalu.

Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.

Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.

“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya.

Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.

“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.

“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.

P'raya PBT : Presiden PAS Bertegas Takkan Tunduk dengan DAP



PAS tetap membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung keputusan mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan.

"Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini.

"Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat," katanya ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir di sini malam tadi.

Turut hadir sama termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Ianya disusuli dengan reaksi Mustafa Ali yang mencabar Lim Guan Eng bersemuka dengannya ekoran dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.

Mustafa Ali turut menggelar Lim Guan Eng sebagai seorang pemimpin celupar.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas sebagai parti Islam amat menekankan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam memastikan pengurusan bandar berjalan lancar dan adil.

"Pas menerima hakikat wujud masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima orang Cina dan India yang dipaksa penjajah datang ke sini. Kita terima hakikat ini dengan cara menyelesaikan masalah dan pada kita cara itu adalah menerusi ajaran Islam yang adil termasuk dalam hal politik.

"Adil dalam masalah politik itu turut membabitkan pengurusan bandar, maka untuk menguruskan bandar tak boleh melibatkan orang bandar sahaja, pilihan raya yang dicadangkan itu, orang bandar yang mengundi padahal yang menghidupkan bandar bukan goloongan itu tetapi termasuklah petani, nelayan dan semua pihak," katanya.