PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 25 December 2014

Hanya Tinggal Satu Laluan Darat Ke Kelantan



Laluan darat untuk ke Kelantan setakat ini hanya boleh dilalui dari arah Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama di tujuh daerah ditutup untuk semua lalu lintas ekoran banjir yang semakin buruk di negeri ini.

Antara laluan utama terlibat khususnya di Gua Musang ialah di KM 5-12 Jalan masuk Aring, KM15.8 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong dan Jalan Gua Musang- Lojing- Simpang Pulai.

Laluan timur barat yang menghubungkan Jeli dan Gerik, Perak juga ditutup selepas jalan di kilometer 66, laluan tersebut runtuh malam tadi.

Di Kuala Krai jalan yang ditutup ialah, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Jirat di Bandar Kuala Krai, KM0.7 Jalan Guchil ke Batu Balai, KM 66 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan KM100 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Penutupan laluan utama di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli menyebabkan jalan darat khususnya menghubungkan Kuala Lumpur ke Kelantan terputus.

Sementara di Machang sebanyak enam laluan terlibat iaitu KM6.0-6.2 Jalan Kubor China-Temangan, KM 8.0 Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf Bata, Kg. Paloh Rawa-Temangan, Jalan Kuala Sat - Kelaweh, Kg. Kemuning - Sg. Merkam, KM 10 Pangkal Gong-Kemubu- dan KM 4.0 Jalan Sg. Mati Kerawang (Pangkal Perahu).

Di Pasir Mas sebanyak empat laluan ditutup untuk semua kenderaan iaitu KM12 Jalan Rantau Panjang-Panlima Bayu, KM 3.O Jalan Pengakalan Rakit, KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama Kg Siram dan KM23 Jalan Bonggol Kulim).


Manakala di Tumpat laluan yang ditutup ialah KM8 Jalan Cabang 4-Kg.Jambu-Meranti, KM2 Jalan Keselamatan (KESBAN) Pengkalan Kubor - Kg Jambu 2 dan KM3 Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan.

Di Tanah Merah hanya laluan KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg. Ipoh.

Timb. MB: Jangan Samakan Hudud Dengan Apartheid



 Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.

Mengulas lanjut, Mohd Amar menambah, pindaan tersebut bukannya perkara baharu sebaliknya untuk menambah baik enakmen sedia ada.

"Kita bukan buat benda baharu, cuma kita menambahkan bidang kuasa kepada mahkamah syariah.

"Hari ini orang Islam ikut agama dia (hukuman) tidak boleh berkhalwat, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina, sama saja, bukan Islam bebas," katanya lagi.

Wednesday, 24 December 2014

Bilangan Mangsa Banjir di Perak Terus Meningkat




Bilangan mangsa banjir di Perak dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 1,650 orang dari 414 keluarga sehingga jam 12 tengahari Rabu.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin berkata, sebanyak 20 pusat pemindahan di dua daerah di Hulu Perak dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
"Seramai 1,291 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan di daerah Kuala Kangsar. "Seramai 359 mangsa banjir di Hulu Perak ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
"Pada jam 8.15 pagi Rabu, pusat penempatan sementara di daerah Kinta iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tasek telah ditutup dan orang ramai telah kembali ke kediaman masing-masing," katanya.
Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

DAP Terus 'Anjingkan' PAS Jika Berjaya Perintah Malaysia



BLOG JAWA BERNAM - Sedia maklum yang sejak dari dulu lagi malah bagaikan penyakit keturunan apabila DAP secara konsisten dalam pendiriannya untuk menolak hudud yang dibentangkan oleh Pas.

Perkara ini bukannya baru malah sejak zaman Kit Siang lagi hudud ditolak. Malah sejak Pas belum menjadi ANJING DAP lagi memang parti anti-Islam ini menolak segala hukum atau undang-undang yang diutarakan oleh Pas.

Tapi sayang, Pas masih lagi sudi menjadi ANJING kepada DAP atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibina semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam di Malaysia.

Baru-baru ini sekali lagi Guan Eng secara lantang menolak HUDUD yang bakal dibentangkan oleh Pas Kelantan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. Bersama dengan amaran dan ugutan kepada Pas, Pas WAJIB tolak hudud jika mahu melihat parti DAP, PKR dan Pas memerintah Malaysia.

Guan Eng juga berkata Pas harus akur dengan arahan DAP kerana Pas hanyalah sebagai penumpang dalam gabungan parti pembangkang dan tidak punyai suara majoriti jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Itu pun pemimpin Pas masih belum sedar dengan penghinaan yang diberikan oleh DAP. Malah pemimpin Pas masih lagi senyum dan berjalan bersama dengan DAP walaupun Hadi Awang dihina sebegitu teruk!

Entah tak tau nak kata apa lagi. Tapi yang pasti Pas nampak sangat menjadi ANJING suruhan DAP jika mereka tak bersuara untuk meneruskan pembentangan HUDUD di Kelantan.

Tuesday, 23 December 2014

Banjir Kelantan : JKM Guna Helikopter Hantar Makanan



Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menggunakan sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Jeli berikutan kesukaran menggunakan laluan darat.

Pengarahnya, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, alternatif dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak itu diambil berikutan jarak antara Gua Musang dan Jeli dengan Kota Baharu agak jauh dan memerlukan masa yang panjang untuk tiba di sesebuah lokasi jika menggunakan laluan darat.

"Kita khuatir sekiranya ada jalan yang ditutup dan terkandas yang akan menyukarkan lagi kerja-kerja penghantaran bekalan makanan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa di lapan jajahan di Kelantan meningkat kepada 20,709 berbanding 20,468 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa daripada 6,795 keluarga itu ditempatkan di 84 buah pusat pemindahan berbanding 70 pusat pagi tadi.

Nik Omar berkata hujan lebat yang berterusan sejak semalam dan kadang kala lebat hari ini di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai, menyebabkan paras air sungai di jajahan itu meningkat dan membanjiri kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tidak dapat dilalui.

"Bagaimanapun pegawai kita dan pihak yang terlibat sudah bersiap sedia untuk mengagihkan makanan dan membantu mangsa banjir di sana," katanya.

Nik Omar meminta semua mangsa yang berada di pusat pemindahan bersabar menunggu bekalan makanan memandangkan banyak kekangan terpaksa dihadapi ekoran bencana itu.

"Harap mangsa banjir bersabar kerana bekalan kita terputus memandangkan jumlah mangsa yang semakin meningkat... bekalan yang disediakan adalah banyak tetapi jumlah mangsa banjir terlalu ramai, jadi kita terputus bekalan termasuk di kedai-kedai yang dilantik untuk membekalkan bekalan berkenaan," katanya.

Beliau berkata helikopter yang membawa bekalan makanan itu kini dalam perjalanan ke Gua Musang serta Jeli dan dijangka tiba dalam masa terdekat.

Penyatuan UMNO, PAS Mustahil, Kata Setiausaha MPN



Orang Melayu khususnya pemimpin politik perlu menghentikan retorik mengenai penyatuan UMNO dan PAS dalam usaha menangani kemerosotan kuasa politik Melayu.

Sebaliknya, mereka perlu berpandangan jauh dan realistik dengan mengetepikan perbezaan ideologi yang menyukarkan dua parti itu untuk duduk semeja membincangkan agenda memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, berkata idea penyatuan UMNO dan PAS mustahil untuk dilaksanakan dalam keadaan politik sekarang.

Bagaimanapun, katanya, dua parti Melayu Islam itu perlu digalakkan untuk membentuk pakatan strategik bagi mengelak perpecahan masyarakat Melayu semakin serius, sekali gus menjamin kelangsungan politik Melayu di negara ini.

"Pucuk kepemimpinan UMNO dan PAS seharusnya mengetepikan pertelagahan yang dimulakan pemimpin terdahulu, sebaliknya perlu senada dalam agenda memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

"Oleh itu, kita tidak perlu retorik untuk melihat penyatuan UMNO dan PAS kerana usaha berkenaan tidak mungkin berjaya," katanya semalam.

Kelmarin, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyarankan penyatuan UMNO dan PAS untuk mengelak kuasa politik Melayu terus merosot.

Saranan itu susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa apabila orang Melayu yang berpecah melalui UMNO, PAS dan PKR terpaksa mengemis dengan bangsa lain, terutama Cina bagi mendapatkan sokongan untuk memperoleh kuasa memerintah.

Hasan berkata, pakatan strategik UMNO dan PAS juga berupaya menjinakkan DAP yang semakin berani dan lantang menyuarakan isu sensitif, termasuk Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu.

Sementara itu, Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata UMNO dan PAS perlu ikhlas terhadap idea penyatuan dua parti itu kerana jika dibuat semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik Melayu, ia ia tidak kekal lama.

"Pemimpin Melayu perlu mengurangkan politik permusuhan, sebaliknya duduk bersama secara serius membincangkan usaha penyatuan dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi agenda lebih besar iaitu perpaduan dan kuasa politik Melayu," katanya.

Monday, 22 December 2014

Najib Terpisah Dari UMNO, Barisan Nasional, Lapor TMI



Dakwaan Bekas Tun Dr Mahathir Mohamaad mengenai parti Melayu terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina menyebabkan Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya.

The Malaysian Insider yang mendapatkan ulasan bekas pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin melaporkan, Najib menggambarkan dirinya terdesak mendapatkan sokongan masyarakat Cina mengakibatkan hubungan dengan kaum Melayu terjejas.

"Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.

Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua.

Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.

Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa.

Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.

"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu ditentang oleh penganalisis politik serta ahli politik PR, termasuk ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mengatakan dominasi Melayu di dalam setiap sektor masyarakat Malaysia sebenarnya sedang memuncak sekarang.

Kadir berkata pada masa ini, Melayu tidak ke mana-mana, dan dengan parti asas-Melayu berpecah kepada tiga, mereka terpaksa merayu kepada Cina untuk kekal berkuasa.

"Terbiasa dengan sokongan bukan Melayu sekian lama, BN terdesak sekarang. Jika mereka berterusan hilang sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu berterusan lebih ke arah PR, BN mungkin menjadi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya menggunakan akronim untuk pembangkang Pakatan Rakyat.