PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 4 December 2014

'Daripada 8, Hanya 1 Kaunter Kiraan Undi Mereka Tunjuk'


 Hanya satu daripada lapan kaunter pengiraan undi yang ditunjukkan kepada calon ketika proses pengiraan undi pemilihan Majlis Peguam bagi penggal 2015-2016.
Calon Mohd Khairul Azam Abdul Aziz juga berkata, proses pengiraan undi yang ditunjukkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu turut terganggu dengan sistem yang buruk.
"Ini merupakan tahun ketiga saya bertanding dalam pemilihan Majlis Peguam. Namun ini adalah tahun pertama saya menyaksikan proses kiraan undi yang ditunjukkan menerusi tiga sudut CCTV. Gangguan sering berlaku sejak jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang berikutan sistem 'wifi' yang teruk."
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Rakyat News pagi tadi.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khairul Azam juga memberitahu bahawa para calon tidak mengenali pihak pemantau yang terlibat dengan proses pengiraan undi tersebut.
"Proses pengiraan undi ini dilakukan pada 1 Disember juga melibatkan tiga orang pemantau. Calon tidak mengenali pemantau ini dan mereka dilantik oleh Majlis Peguam."
Sehubungan itu beliau menegaskan bahawa Parlimen perlu meminda akta yang bersesuaian dengan cadangan-cadangan atau penambahbaikan melibatkan Akta Profesion Undang-undang 1976.
"Tidak salah sekiranya Majlis Peguam sendiri untuk menyokong pindaan ini seperti menghapuskan sistem undi pos dan tambahbaik proses kiraan undi. 
"Semua reformasi yang dicadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya diimplimentasikan ke dalam Majlis Peguam," tegas beliau.
Pemilihan Majlis Peguam yang berlangsung Ahad lalu menyaksikan sebanyak 23 calon bertanding untuk mengisi 12 kerusi ahli jawatankuasa badan tersebut.

Wednesday, 3 December 2014

‘Tak perlu pun’



Shah Alam: Tindakan DAP yang menuntut kerusi Timbalan Speaker II dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ternyata tidak disenangi rakan sekutu mereka dari PAS.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata, tiada keperluan untuk DAP menuntut jawatan Timbalan Speaker II kerana jawatan sedia ada sudah cukup untuk melancarkan perjalanan Sidang DUN.
Beliau berkata, secara peribadi tuntutan yang dibuat DAP itu dilihat tidak memberi kesan dalam perjalanan Sidang DUN sekiranya diterima kelak.
“Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan, tetapi tuntutan itu dilihat tidak mempunyai keperluan kerana jawatan Timbalan Speaker hanya berfungsi ketika DUN bersidang.
“Jawatan Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada dilihat berfungsi dengan baik dan tidak memerlukan sebarang jawatan tambahan,” katanya ketika ditemui di lobi Sidang DUN Selangor, semalam.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, tindakan DAP menuntut jawatan itu membuktikan tiada semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelantikan jawatan Timbalan Speaker yang dibuat sebelum ini juga dilakukan secara undian pada hari pertama Sidang DUN apabila Mohd Shafie Ngah (PAS) mendapat 28 undi berbanding Ng Suee Lim (DAP) yang hanya memperoleh 14 undi.
“Apa tujuan tuntut jawatan Timbalan Speaker II? Undian sudah dibuat dan PAS mendapat undi lebih daripada DAP, jadi mereka layak untuk jawatan itu.
“Jawatan Timbalan Speaker II ini dilihat hanya membazirkan wang rakyat selain dikhuatiri tidak berfungsi dengan baik dalam Sidang DUN,” katanya.
Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu akan menuntut jawatan berkenaan diwujudkan dengan alasan DAP memberi sokongan penuh kepada Parti Keadilan Rakyat ketika krisis Menteri Besar.
Ini kerana Ng mengakui wujudnya perjanjian memberikan kerusi itu kepada DAP selepas tamat krisis dan Majlis Pimpinan PR sudah bersetuju melantik seorang lagi Timbalan Speaker DUN.
-Metro

Isu Ustaz Ekspres: ‘Saya Tiada Agenda Peribadi’



ALOR SETAR : Teguran atau pandangan yang dilontarkan berhubung kenyataan wujudnya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ dari kalangan artis yang berhijrah, bukan bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak, sebaliknya merujuk kepada kekeliruan yang timbul dalam masyarakat Melayu-Islam.
Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, antara aspek yang dikupas berhubung kekeliruan itu, termasuk agenda dan rancangan musuh Islam dalam mencipta Islam versi baharu.
“Kita bimbang kekeliruan kebelakangan ini berpunca daripada tafsiran berbeza terutama dalam perkara kecil (furuk). Saya tegaskan, walaupun Islam menganjurkan kita merai perbezaan pandangan, jangan sampai umat Islam berbalah,” katanya.
Menurutnya, Sabda Rasulullah SAW: “Perselisihan di kalangan umatku adalah satu rahmat.’
“Namun, apa yang berlaku hari ini kekeliruan dalam kalangan orang Melayu-Islam yang membawa kepada perpecahan, bukan sahaja membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya, pemikiran dan ritual ibadah turut jadi sasaran,” katanya.
Berdasarkan konteks inilah, Mashitah berkata, beliau menyebut mengenai wujud golongan yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baharu sertai Pas, bercakap mengenai soal agama dan hukum hakam sehingga menambah kekeliruan orang ramai.
Mashitah yang juga perwakilan Wanita Umno Kedah membangkitkan perkara itu, pada Perhimpunan Agung Umno, Khamis lalu, namun pandangannya disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan artis yang berhijrah.
Antara kenyataan Mashitah yang menimbulkan kontroversi, apabila mengatakan kebanjiran golongan artis yang berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini seolah menjadi trend, seterusnya bergelar ustaz ekspres dan ustazah jadian, terutama dalam Pas.
Katanya, istilah ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ bukan dicipta olehnya, sebaliknya ungkapan umum yang dibuat orang ramai terhadap mereka yang diketahui belum mahir dalam ilmu agama, tetapi menampilkan diri seperti ustaz/ustazah dan menyampaikan ceramah di khalayak tentang hukum hakam.
“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya.
Mashitah turut mengalu-alukan usaha dakwah yang dilakukan golongan itu, yang mahu berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran, selain bersyukur mereka yang ‘berhijrah’ mendapat hidayah, untuk menjadi muslimin dan muslimat yang lebih baik.
“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, beliau kesal apabila ada pihak yang mendakwa perkara yang dibangkitkan itu remeh.
“Inilah antara punca masalah, apabila perkara asas dan penting dalam Islam dianggap remeh. Saya bangkitkan, eloklah kita elak berbincang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu ulama. Biarlah ulama bincang perkara-pekara khilafiah kerana mereka lebih pakar. Mereka yang tak berapa faham walaupun berkedudukan, janganlah ulas dan mengelirukan orang ramai,” katanya.
Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka, katanya, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.
“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri untuk menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi. Ceramah adalah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka tetapi kerana ilmunya,” katanya.
Menurutnya, dibimbangi jika terlalu banyak gelak ketawa, disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, kelak majlis ilmu hilang keberkatannya.
Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf oleh Presiden, Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian berikutan kenyataannya bukan menghina sesiapa.
“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat, saya pernah bangkitkan perkara sama di forum lain, termasuk ceramah. Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.
-sinarharian-

Tuesday, 2 December 2014

A.Kadir Jasin : Najib Keterlaluan Gelar Blogger Pro UMNO 'Bangang'



BLOG THE SCRIBE A KADIR JASIN - Presiden UMNO, Mohd Najib Abdul Razak, kelmarin secara terbuka mendedahkan yang UMNO mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan UMNO dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.

Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan UMNO tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. (Baca lanjut di sini)

Pendedahan dan herdikan Mohd Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf UMNO di alam siber. Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger UMNO sudah dipersoalkan.

Seperkara lagi, kalau benar blogger-blogger upahan UMNO itu berperang sesama sendiri dan menyerang pemimpin parti, ia adalah cerminan perpecahan dan ketidaktentuan dalam UMNO sendiri.

Namun Mohd Najib bukan orang pertama mencemuh dan melabelkan blogger.

Zainuddin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi Menteri Penerangan melabelkan blogger “goblok”, Khairy Jamaluddin menanggil mereka “beruk” dan Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Maaf cakaplah kalau saya katakan istilah “bangang” yang Mohd Najib gunakan itu adalah keterlaluan, kesat, kasar dan tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger UMNO yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Mohd Najib itu.

Akta Hasutan : PM Mungkir Janji? Ini Cara Menjawab...


 Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan mengekalkan Akta Hasutan demi melindungi kesucian agama Islam serta dari ancaman yang boleh menggugat kedaulatan negara.

Najib berkata, Akta Hasutan juga membolehkan negara mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

"Sebagai perdana menteri, saya memutuskan Akta Hasutan akan terus dikekalkan, malah akta ini akan dipertahan dan diperkukuhkan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

"Akta ini akan dikuatkuasakan secara adil supaya kita benar-benar mewujudkan Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni," katanya lagi.

Najib berkata, Akta Hasutan akan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun pernah berjanji sebelum ini untuk memansuhkan akta penjajah tersebut.

"Setelah saya dengar pandangan pemuda dan puteri, akar umbi dan NGO, saya mengumumkan Akta Hasutan akan terus dikekalkan," katanya.

Monday, 1 December 2014

Rumah - Golongan Muda 'Diperkosa', Pemaju Rakus



Ekonomi khusus melibatkan golongan muda merupakan suatu tajuk yang seronok dibincang atau dibangkitkan namun ia hanyalah diumpamakan seperti 'kudis buta' iaitu semakin digaru semakin sedap'.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Saiful Hazizy Zainol juga berkata, penyakit berkenaan bagaimanapun akan merebak sekiranya tidak dirawat.

"Ekonomi anak muda, tongkat sakti dan kudis buta. Semakin digaru semakin sedap sehingga luka berdarah. Apabila ada yang membangkitkan soal ekonomi muda, pasti akan mendapat perhatian dan menerima tepukan gemuruh.

"Namun ia masih tidak mencukupi kerana kudis buta ini akan terus merebak jika tidak dirawat."

Beliau berkata demikian ketika ucapan Perbahasan Usul Ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Justeru itu beliau menegaskan bahawa agenda memperkasakan ekonomi kaum Melayu termasuk di luar bandar harus mencapai matlamat.

Sementara isu-isu seperti perumahan serta pihak perbankan yang menawarkan pimjaman mudah pula hanyalah mengundang bebanan hutang kepada orang ramai.

"Mereka (bank) menawarkan kad kredit dan pinjaman rumah yang mudah. Ini adalah seperti 'separuh ular, separuh belut'. Umpama 'memberi payung ketika cuaca baik tetapi mengambilnya semula pada hari hujan'.

"Kita akan terus berhutang ibarat hamba yang tidak bebas. Hutang tersebut yang bertimbun-timbun itu merupakan kudis buta.

"Apa guna menjadi Melayu kalau dibumi sendiri kita merempat. Apa guna membina rumah jika hanya mampu melihat," tegas beliau.

Selain daripada itu Saiful Hazizy juga mengecam keras tindakan segelintir pihak swasta dan syarikat-syarikat korporat yang tidak menyumbang kepada keseimbangan para pekerja Melayu.

"Diskriminasi terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Oleh itu kita mencadangkan supaya Menteri Sumber Manusia diberikan semula kepada UMNO," ujarnya.

Majlis Menyambut Cucu Sulong Saudara Nasir Headbangers
























Hari ini KP hadir ke majlis menyambut cucu sulong saudara nasir headbangers di ipoh.Di mana turut hadir juga anak-anak yatim pondok al jaafar yang di jemput oleh tuan rumah untuk hadir ke majlis tersebut.KP juga telah memberi sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim.Alhamdullilah majlis berjalan dengan baik dan terima kasih kepada saudara nasir yang menjemput kami hadir ke majlis beliau..