PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 6 October 2014

Demokrasi DAP Sekadar Cakap Sahaja




KUALA LUMPUR - Amalan demokrasi dalam DAP yang sering diuar-uarkan parti itu disifatkan sekadar cakap sahaja tetapi pelaksanaannya jauh tersasar.

Sehubungan itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada kaum Cina tentang amalan demokrasi yang diguna pakai dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut pada 29 September tahun lalu.

“Ternyata kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar membuatkan menyuarat pemilihan semula CEC DAP tidak sah.

“Maka, keputusan pun dianggap tidak sah dan kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP juga tidak sah," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa sebanyak 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.

Choo Keong juga meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC mengikut senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan yang berdaftar dengan ROS dan mengikut senarai pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 untuk melantik Setiausaha Agung serta lain-lain jawatan yang sah.

Anuar menambah, Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke juga perlu menjelaskan tentang kesahihan dakwaan yang mengatakan bahawa sebab utama DAP menarik balik saman terhadap ROS adalah kerana parti itu takut rahsia tentang 500 surat akuan palsu terbongkar di mahkamah kelak.

Program Futsal Anjuran Pemuda Bagan Datuk Cawangan Hutan Melintang








Tahniah kepada pemuda-pemuda dan belia-belia di cawangan hutan melintang yang meganjurkan futsal tertutup hari raya korban.Alhamdullilah semua berjalan lancar dan baik amin.....

Sunday, 5 October 2014

Majlis Penyerahan Daging Korban Di Bahagian Parlimen Bagan Datoh





















Alhamdullilah selesai juga Ibadah Qurban,Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan ibadah Qurban ini amin..

Selamat Hari Raya Eidul Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam












Alhamdullilah Setelah selesai solat eidul adha bersama OBJ hilit perak sebentar tadi.Bersyukur kepada allah kerana masih di panjangkan umur sehinga ke saat ini.Semoga dilindungi dan dirahmati allah sentiasa amin....

Saturday, 4 October 2014

Majlis Penyerahan Lembu Korban Bahagian Parlimen Bgan Datoh













Suasana di program penyerahan lembu sebanyak 60 ekor kepada semua masjid sekitar parlimen bagan datoh oleh hj khairudin tarmizi (timbalan ketua bahagian) yang mewakili dato sri zahid.Penyerahan ini  di lakukan di tapak wisma umno baru parit 4, Yang dihadiri pengerusi biro agama ayah imam hamzah,dato shahrul adun rungkup,pengerusi program yang juga orang kuat program kekanda haji baharum,kak mina,rohana dan juga vvip yang lain.Alhamdulillah Program berjalan lancar dan terima kasih juga kepada Dato Sri Zahid atas pemberian beliau amin.....

Pemuda,Puteri dan Wanita Umno Bagan Datoh Mahu Pihak Berkuasa Mengambil Tindakan Terhadap Kebiadapan Alvin













Hari ini Pengerakkan Umno bagan Datuk bersama Pemuda,Puteri dan Wanita Telah membuat laporan polis terhadap kebiadapan Alvin yang menghina pemimpin-pemimpin kami.Kami harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada beliau supaya jangan sesekali mencabar kesabaran orang melayu.

Friday, 3 October 2014

'Langkah 2A' : Kisah Sandiwara MB Selangor



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya perturunkan dibawah link tulisan bernas saudara Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit-Cuit Utusan Malaysia pada hari Rabu 24 Sept lepas. Terpulanglah kepada saudara semua untuk menilai analisa beliau mengenai kemelut MB Selangor.

Cuma saya agak kaget melihat adengan pada hari Isnin 23 Sept lepas!

Dalam tempoh tak sampai 6 jam Istana Selangor mengumumkan nama ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR termasuk Azizah membuat u-turn menerima pencalonan tersebut!

Tak sampai pun suku hari, kita melihat adengan yang boleh menyebabkan ada orang  boleh jadi tiga-suku!

Azmin menerima pencalonan sebagai MB dalam keadaan Saifudin Nasution, SUA PKR menegaskan bahawa PKR masih mencalonkan Azizah sebagai MB. Malahan dua Naib Presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa menegaskan bahawa mereka tetap mempertahankan pendirian menamakan Azizah sebagai calon!

Jangan lupa Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat atas alasan tidak akur kepada keputusan parti menamakan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB.

Jadi apa yang menyebabkan pencalonan Azmin Ali, yang telah tandatangan Akuan Sumpah terima Azizah sebagai MB, tiba-tiba diterima oleh PKR sebagai calon MB sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dalam keadaan yang sama senarionya; kedua-duanya tidak akur kepada kepada arahan parti menamakan Azizah sebagai calon?

Sebab itu kupasan saudara Datuk Zaini Hassan sangat menarik dan relevan - tambahan lagi jika kita mahu meneroka lebih lanjut kepada senario yang bakal terjadi di negeri Selangor dan Malaysia terutama dalam menghadapi kes rayuan Anwar meliwat Saiful di Mahkamah Persekutuan pada 28 Okt ini; dan dalam menghadapi PRU-14!

Jika analisa Datuk Zaini ini tepat, adakah kita semua, sudah terpedaya dan tertipu dengan sandiwara politik 2A ini?

Kalau kita tersilap congak, jangan terkejut Anwar sendiri dimahkotakan di Putrajaya selepas PRU-14. Kalau Langkah 2A boleh berjaya, takat Langkah 1A dah jadi kacang putih - cut & paste je yop.

Wallahua'lam dan Wassalam