PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 4 September 2014

Ulama PAS : Puak Anwarinas Rancang 'Tikam' Hadi Awang



KUALA LUMPUR  - Dewan Ulama PAS mendedahkan wujud perancangan sedang dillakukan dari beberapa pemimpin tertinggi parti itu untuk 'menikam' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kumpulan 'Anwarinas' ini menggunakan beberapa platform secara terbuka bertujuan menjatuhkan krelibiliti Abdul Hadi setelah menolak cadangan PKR menamakan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif.

"Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata beliau yang disiarkan menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan, tindakan puak 'Anwarinas' ini menjadi punca berlakunya perpecahan dalam parti.

Khairuddin juga mempersolkan sejauhmana kumpulan ini memperjuangkan al-Quran dan sunnah.

Isu ini mula ditimbulkan apabila Presiden PAS mencadangkan agar diwujudkan 'Kerajaan Perpaduan' yang berkonsepkan kerajaan tanpa pembangkang.

Cadangan Abdul Hadi telah dikecam beberapa pimpinan PAS pro Anwar.

Ianya diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali yang mendedahkan wujud kumpulan 'Parasit PAS' yang didakwanya merancang untuk menjatuhkan pemimpin ulama' dalam parti tersebut.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin mempersoalkan fitnah yang cuba dimainkan kelompok berkenaan berikutan tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya ada institusi tertentu dalam parti berkenaan dikuasai UMNO.

"Tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan kononnya ada institusi tertentu telah dikuasai oleh UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini," soal Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Calon MB : PAS Hantar Tiga Nama, Satu ADUN Parti



KUALA LUMPUR- Setelah beberapa kali pindaan dan penafian, PAS kali ini mengesahkan telah menghantar senarai akhir calon Menteri Besar Selangor kepada pihak Istana bagi mendapat pertimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausha parti Datuk Mustafa Ali yang dipetik BH Online berkata, senarai tiga nama termasuk satu ADUN dari PAS itu telah diserahkan kepada pihak istana semalam.

"Betul, PAS sudah hantar tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya.

Terdahulu Mustafa menjelaskan senarai nama yang dihantar telah dibatalkan.

Senarai nama yang dibatalkan itu dilaporkan mencalonkan tiga exco kerajaan negeri dari kalangan PAS iaitu  Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi.

The Star Online turut melaporkan, senarai awal yang ditarik balik itu telah dipersetujui dan ditandatangan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Wednesday, 3 September 2014

PAS Selangor Serah Nama Calon MB



SHAH ALAM - Pas Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.

"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (Pas, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata Pas tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.

Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata Pas akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.

Tuesday, 2 September 2014

Guan Eng : Ketua Polis Negara Bukan 'Lembu Suci'



BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN TERBAHARU KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG TERHADAP KETUA POLIS NEGARA BERHUBUNG ISU PERTUBUHAN PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS)

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau "lembu suci" yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.

Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya tetapi sebaliknya bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.

Menggunakan undang-undang jenayah menentang musuh ketika Khalid mempunyai sumber penuh pada kedudukan beliau sebagai ketua polis negara, akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan yang tidak adil dan tidak sama rata.

Apakah Khalid akan berjuang secara adil dengan membawa kepada mahkamah sivil terhadap mereka yang beliau dakwa memfitnah beliau?

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin meminta mengesahkan dakwaan Timbalan Komander Kanan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi bahawa sebelas daripada 156 ahli unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, dadah, kesalahan berkaitan kongsi gelap dan juga bunuh.

Begitu juga, mereka yang air kencing diuji positif mungkin disebabkan oleh ubat yang diambil untuk penyakit.

Pendirian anti-PPS

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga akan berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat apa-apa laporan polis atau tuduhan terhadap 11 anggota ini ketika mereka melaksanakan peranan mereka secara sukarela dalam PPS.

Jika tidak, adalah tidak adil kepada keseluruhan PPS yang terdiri daripada 9,000 orang dengan maklumat yang didakwa sebagai latar belakang beberapa ahli.

Apakah perlu untuk 120,000 anggota polis juga didakwa hanya kerana tindakan beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan kematian tahanan, jenayah kejam seperti rompakan atau menyalahgunakan kuasa mereka dengan terlibat dalam rasuah?

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan akan tertakluk penuh kepada undang-undang.

Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS, khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan sukarela polis komuniti.

Malangnya media yang dikawal BN, termasuk beberapa dalam akhbar Cina, telah menerima pakai pendirian BN yang anti-PPS.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengulangi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada pihak polis terhadap PPS secara keseluruhan.

'Lapor terus pada saya'

Jika terdapat sebarang aduan sebegini, aduan ini seharusnya dimaklumkan oleh pihak polis kepada ahli exco negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh atau diri saya.

Adalah dikesali apabila media yang dikawal BN yang sama ini telah memutar-belit isu PPS menjadi isu politik untuk menekan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan PPS untuk menyediakan bantuan kecemasan dalam kemalangan, perkhidmatan kecemasan dan menyelamat dan juga sebagai tindak balas kepada seruan oleh pihak polis untuk mengukuhkan polis komuniti bagi memerangi jenayah.

Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan badan seperti itu mengikut cara yang sama penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau JKKK(P) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan.

Berikutan penangkapan 156 dan sementara menunggu sebutan kes di mahkamah berhubung penangkapan mereka, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa semua ahli PPS akan “direhatkan” daripada menjalankan kerja-kerja sukarela dan tidak memakai jaket seragam mereka.

Keputusan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati kedaulatan undang-undang dan keputusan oleh mahkamah.

Sementara itu kita berharap polis akan menangani kebimbangan awam tanpa kehadiran polis komuniti, dan menguruskan kemalangan dan perkhidmatan menyelamat kecemasan tanpa kerja sukarela daripada 9,002 anggota PPS.

Kerajaan negeri Pulau Pinang terus komited untuk Pulau Pinang yang lebih selamat dan mengekalkan status Pulau Pinang sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia.

MPPA Desak Polis Siasat Insiden Jurufoto Ditumbuk



KUALA LUMPUR  - Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru pihak pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera berhubung insiden salah seorang waris mangsa nahas pesawat MAS penerbangan MH17 yang bertindak menyerang dan mencederakan jurufoto di Taman Peringatan Nirwana Sungai Besi di sini, hari ini.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata, kekasaran ke atas jurufoto media dianggap satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

"Pergerakan dan tugas jurufoto media dalam sebuah tugasan  mengikut etika kewartawanan.

"Jurufoto dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak membenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MPPA akan membuat satu laporan polis juga berhubung kejadian tersebut sambil mengambil kira hak dan kepentingan keselamatan jurufoto semasa membuat liputan.

Dalam kejadian pagi tadi, salah seorang jutufoto media dari akhbar The New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk di muka manakala seorang lagi jurufoto akhbar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh sempat mengelak semasa membuat liputan persemadian jenazah mangsa MH 17 kumpulan ketiga yang tiba awal pagi tadi.Foto - Malaysia Gazette

Monday, 1 September 2014

Merasmikan Permainan tiang licin di rungkup.











Hari ini KP merasmikan Permainan tiang licin di rungkup.Permainan ini memang mengasyikkan.Tahniah kepada anak rantau,bersama warga sungai burung,rungkup kecil dan rungkup besar serta pemuda belia.syabas di ucapkan semua...

Program santai bersama pemuda cawangan Hutan Melintang









Hari ini KP bagan datuk Menghadiri Program santai Bersama rakan-rakan di cawangan hutan melintang.Tahniah kepad alang dan razlan kerana berjaya membantu dan melaksanakan program mengeratkan hubungan sesama belia amin...