PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Tuesday, 26 August 2014
Hadi Pilih Azmin, Azmin Pilih Azizah
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam bagi membincangkan calon Menteri Besar Selangor memperlihatkan ketegangan berlaku antara Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Laporan Malaysian Insider menyebut, Hanipa dikatakan tidak berpuas hati dengan pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang dikemukakan Hadi sebagai calon alternatif sekiranya Sultan menolak nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar.
“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 ADUN termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” katanya.
30 ADUN Selangor tersebut merupakan kesemua 13 dan 15 wakil PKR dan DAP Selangor dan dua dari PAS, membelakangi keputusan PAS pusat yang tidak bersetuju dengan pencalonan Azizah sebagai menteri besar.
Laporan yang memetik sumber itu turut memberitahu kenyataan Hanipa ketika mesyuarat itu disokong oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga tidak berpuas hati dengan keputusan Hadi mengemukakan dua nama untuk dihantar kepada Sultan untuk jawatan ketua eksekutif negeri.
PAS kini dalam keadaan tersepit setelah Hadi bertegas tidak mahu mencalonkan Azizah sebagai menteri besar dan mahu Azmin meneraju negeri tersebut tetapi dibantah oleh 13 ADUN PAS lain.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu kemudiannya menyaksikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya membacakan kenyataan satu perenggan kepada pemberita.
"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.
Sidang media tersebut walaubagaimanapun tidak dihadiri oleh Hadi, Hanipa dan Mat Sabu.
Ketiga-tiga mereka dikatakan cuba mengelak wartawan dengan keluar dari bangunan menggunakan pintu belakang.
Khalid Ibrahim Umum Letak Jawatan
SHAH ALAM - [KEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan hasrat Khalid sehingga proses perlantikan jawatan Menteri Besar baharu selesai.
Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan Baginda untuk menentukan calon yang paling layak memegang jawatan tersebut.
Ianya sejajar dengan konversi yang diamalkan secara berterusan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.
Pihak Istana mengesahkan akan mengeluarkan surat kepada Pakatan Rakyat (PR) berhubung perkara itu.
Sebelum ini, PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Khalid.
Akan tetapi, pihak PAS yang pada mulanya menolak cadangan tersebut turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif.
Malah, PAS juga enggan menandatangani sebarang perjanjian akuan bersumpah bagi menyokong pencalonan Wan Azizah.
Untuk rekod, PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR memperolehi 13 kerusi DUN setelah Khalid dipecat.

Monday, 25 August 2014
Melancarkan Perasmian Piala perak amanjaya parlimen bagan datoh
Melancarkan perasmian Piala perak amanjaya parlimen bagan dato.Alhamdulillah selesai sudah Perasmian piala perak amanjaya yang telah dihadiri oleh timbalan ketua bahagian Tuan haji khairudin tarmizi dan naib ketua bahagian merangkap exco kerajaan perak.Tahniah kepada mat kedah rizal nordin yang menjadi pengarah program bersama semua barisan urusetia yang terlibat.Terima Kasih Semua...
Sunday, 24 August 2014
Menghadiri Rumah Terbuka Di kampung sungai haji.mohd.
Terima Kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami datang,Allhamdulliah syukur kepada allah amin..
Menghadiri Kenduri Kahwin Di Kota Setia
Alhamdulliah Hari ini kami menerima jemputan perkahwinan lagi di kota setia,Terima kasih juga kepada Tuan rumah Yang sudi menjemput kami datang amin....
Saturday, 23 August 2014
Majlis Rumah Terbuka KP bagan Datuk
Alhamdulillah,Terima kasih Kami ucapkan kepada semua yang telah datang ke Majlis kami,Terima Kasih juga kepada mereka yang terlibat menjayakan Majlis Rumah Terbuka ini.Kelihatan beberapa jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis ini diantaranya Tn.Hj.Khairuddin,Tn.Hj.Baharom,En.Saari Siraj,Wakil2 MCA,MIC, Gerakan Bahagian Bagan Datoh,Exco2 Pemuda,Ketua2 Kg,Ketua Puteri Pn.Hana Tarmizi,Pemuda2 Caw Parit7@Umno Caw Seven River n Pemuda2 keseluruhannya..with Puteri Umno Bagan Datoh Umno Bahagian Bagan Datoh Wan Wan Seven River Paman Talib PrinCess Anis LieZa
Menghadiri Rumah Terbuka Cik Nab di sungai lancang
Hari in KP Bagan Datuk Bersama Exco Pemuda telah menghadiri rumah terbuka Cik Nab di sungai lancang.Terima kasih juga kepada Tuan rumah yang sudi menjemput kami datang.Terima kasdih banyak-banyak...
Subscribe to:
Posts (Atom)