PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 5 August 2014

Lelaki Maut, Padah 'Selfie' Dengan Pistol



MEXICO - Tindakan seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.
Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.
Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.
Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.
Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.
Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru.

Monday, 4 August 2014

Blogger DAP Persoal Samada PAS Hanya 'Pengalas Kaki' dalam PR



KUALA LUMPUR  - Penulis blog yang juga merupakan ahli DAP , Aspan Alias di dalam entri terbaru beliau pada hari iini mempersoalkan sama ada PAS hanya menjadi 'pengalas kaki' buat sekutunya di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Aspan menerusi entri yang bertajuk "PAS hanya pengalas kaki rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat?", mengakui PAS telah bekerja dengan gigih dalam pilihanraya yang lepas namun memperoleh kemerosotan kerusi berbanding rakan sekutunya DAP.

Senario ini katanya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ramai pihak apabila pemimpin DAP mengungkit peranan PAS apabila mengungkapkan kenyataan "PAS is nowhere without DAP and the Chinese support”.

Penulis blog aspanaliasnet.blogspot.com itu berkata beliau banyak menghabiskan masa membantu pemimpin-pemimpin PAS untuk berkempen pada pilihanraya yang lalu namun dari respon yang diterima banyak yang tidak senang dengan tindakan dan respon  PAS dalam beberapa isu panas.

Antaranya yang dibangkitkan ialah isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa ucapan beliau untuk sambutan Hari Krismas selain perlaksanaan hukum hudud yang tidak dimasukkan dalam manifesto piliharanya PAS.  

“Adakah PAS ini hanya dijadikan sebagai tempat parti lain untuk mengalas kaki dan dianggapkan sebagai pelapik sahaja? pelapik untuk memberikan keselesaan kepada rakan kongsi dalam Pakatan itu sahaja?” merupakan antara respon yang diterima penulis blog itu dari pengundi berbangsa Melayu yang mengunjungi penginapan beliau selepas majlis-majlis ceramah.

Beliau yang turut menyentuh isu kekalahan PAS di Kedah turut menyatakan PAS hanya menjadi korban kerana kebaikannya.

Isu kalimah Allah dan hukum Hudud menyebabkan PAS dijauhi oleh pengundi kaum Cina dan Melayu .

PAS sebenarnya diaibkan dengan 'intrigue' atau tipu helah politik oleh sekutunya. Maka kenyataan pemimpin DAP iaitu "PAS is nowhere without DAP and the Chinese support” adalah tidak jujur sebaliknya penambahan mendadak kerusi DAP adalah dari sokongan PAS dan orang Melayu.

Aspan menambah keterbukaan PAS terhadap sekutunya dalam kebanyakkan perkara dilihat sebagai kelemahan oleh rakan kongsi lain di dalam Pakatan Rakyat dan mereka hanya mengambil kesempatan dengan keterbukaan ini.   

Musuh dalam selimut



Semalam kecoh pasal pemuda umno lepak old town,Dalam umno pun ada lagi mereka saling dengki mengdengki,tak paham admin,kalau nak umno bersatu jgnlah dengki mendengki antara satu sama lain,nanti yang rugi korang jugak,macam mana dorang nak support melayu yang bantai dorang pun geng2 melayu,macam mana nak support kedai melayu,habis semua kedai melayu tutup sebab beraya,admin nasihat la kepada mereka yang kaki fitnah udah-udahlah bertaubat,banyak kerja lain boleh buat,brape sen sangat dorang bayar gaji kat korang,fikir-fikirkan lah..........

Sunday, 3 August 2014

Rumah Terbuka Kekanda Haji Hanif










Selesai juga beraya di ipoh,Ini rumah yang last beraya di ipoh,Terima kasih juga kepada sauda haji hanif yang sudi menjemput saya datang di majlis rumah terbuka anda,semoga kita dapat eratkan persahabatan serta persaudaraan kita sesama islam amin...

Saturday, 2 August 2014

Open house di rumah ayahnda KP bagan serai nazirul













Hari ini KP serta gerakan pemuda bagan datoh telah menghadiri Open house di rumah ayahnda KP bagan serai nazirul.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Tahniah sahabat kita dapat eratkan hubungan adalah amat penting sesama islam dan masyarakat amin...........

Open house sahabat KPB bersama umno bahagian Sg siput












Hari ini KP bagan Datuh menghadiri rumah terbuka sahabat beliau di sungai siput anjuran umno bahagian sungai siput.Terima kasih atas jemputan ini semoga kita semua kekal persahabatan dan persaudaraan selamanya amin...

Friday, 1 August 2014

Takziah kepada ketua kampung anuar yang juga AJK Umno bahagian bagan dato kerana perginya ibunda beliau









Takziah kepada ketua kampung anuar yang juga ajk umno bahagian bagan datoh kerana perginya ibunda beliau petang tadi.Jenazah akan dikebumikan esok pg jam 9 pagi.sesiapa yang berkesempatan dapat hadir.semoga allah merahmati arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.amin yra