PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Saturday, 7 June 2014
Penyerahan peralatan sukan untuk cawangan rungkup
Hari ini KP menyerahkan peralatan sukan untuk cawangan rungkup bagi memastikan sukan di rungkup tetap aktif dan mengalakkan aktiviti bersukan bersama pemuda bagan datuk.
Melawat dan bertanya khabar kepada kawan-kawan peniaga di pasar
Hari ini KP san kawan-kawan pemuda melawat pasar dan bertanya khabar kepada peniaga macam mana dengan perniagaan jualan mereka dan hasil yang mereka dapat.....
Chegubard Fail Aduan Rasuah Pemimpin PKR
PETALING JAYA - Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAM) Badrul Hisham Shaharin mengemukakan aduan bertulis kepada Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Ismail bagi menyiasat salah laku rasuah yang dilakukan pemimpin tertinggi parti tersebut.
Dalam aduan tersebut, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard menggesa siasatan dilakukan keatas Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan PKR Abd Malek Hussin yang telah menolak rasuah yang dikemukakan oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar bersamanya 'bosnya'.
Menurut beliau, 'bos' yang dimaksudkan adalah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali seperti mana khabar angin yang diterimanya.
Katanya lagi, Azmin cuba merasuah Abdul Malek supaya bagi mengekalkan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti baru-baru ini.
Jelas beliau, Abdul Malek walaubagaimanapun menolak sejumlah wang yang diberikan kepadanya dan mengarahkan Xavier untuk memulangkan mengenmbalikannya kepada 'Azmin'.
Ujarnya, Azizah juga dikatakan mengetahui akan perkara ini ekoran Abdul Malek 'mencampakkan' wang rasuah tersebut dihadapan Presiden PKR tersebut dan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.
Chegubard yang digantung keahliannya menyifatkan perkara teresebut sebagai memalukan dan Pengerusi Lembaga Disiplin parti Dr Tan Kee Kwong turut sama menyiasat perkara tersebut.
Friday, 6 June 2014
DAP Akan Tolong Zarena Murtad
KUALA LUMPUR - DAP akan menawarkan khidmat guaman kepada Zarina Abdullah Majid secara percuma bagi mengugurkan status agama Islamnya dari rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San berkata, oleh kerana status Islam dibawah kad pengenalannya itulah menyebabkan beliau ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada majlis perkahwianannya baru-baru ini.
"Kita akan beri bantuan guaman jika mereka memerlukan.
"Petang ini juga saya menerima emel daripada beberapa peguam untuk beri bantuan pro bono untuk membantu membetulkan perkara ini (kes Zarina)," katanya kepada pemberita hari ini.
Jelasnya lagi, peguam yang akan mengendalikan kes tersebut juga telah bersetuju untuk menguruskan kes Zarena secara percuma.
Zarena ditahan oleh JAIS di sebuah kuil yang mengendalikan upacara perkahwinannya bersama seorang lelaki beragama Hindu.
JAIS bertindak sedemikian setelah mendapat laporan bahawa Zarena dilahirkan selepas bapanya memeluk agama Islam namun dibesarkan oleh ibunya yang kekal beragama Hindu.
Najib Saman Malaysiakini??Saman jangan tak saman!!!!
KUALA LUMPUR - Portal propembangkang Malaysiakini bakal berhadapan dengan saman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran penerbitan dua artikel berbaur fitnah yang disiarkan laman berita tersebut.
Saman dikemukakan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 30 Mei lalu dengan menamakan Syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan pertama, sementara Ketua Editornya Steven Gang serta Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan kedua.
Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.
Dalam tuntutan saman tersebut, Najib diatas kapasiti peribadinya sebagai Perdana Menteri meletakkan dirinya sebagai plaintif kedua manakala Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh sebagai plaintif pertama, bertindak mewakili UMNO.
Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.
Artikel Malaysiakini yang dirujuk dalam kes ini bertajuk 'A Case Of The PM Reaping What He Sows' dan 'How Much Will Najib Spend to Keep Terengganu'.
Thursday, 5 June 2014
Dyana Dipelawa Sertai UMNO
IPOH 3- Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.
Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.
"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.
"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.
Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.
"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.
"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya.
Wednesday, 4 June 2014
Rakyat Tolak Politik Kebencian
KUALA LUMPUR - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam jelas membuktikan rakyat sama sekali menolak politik kebencian pembangkang.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kemenangan itu turut menunjukkan barisan kepimpinan BN diterima baik oleh masyarakat.
"Rakyat mahukan pembaharuan, politik sederhana yang tidak menghina, tidak sinis, bukan politik kebencian dan ramai yang berada di tengah atau middle ground.
"Pada saya kemenangan ini merupakan penghormatan dan bukti yang cukup jelas bahawa rakyat mahukan kesederhanaan dalam politik negara. Malah, ini juga merupakan isyarat kepada pakatan pembangkang supaya mengamalkan politik sederhana.
"BN perlu mengambil kesempatan untuk menjadi sebuah parti yang berjaya memenangi hati rakyat dengan terus mengamalkan politik sederhana," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) keenam di sini hari ini.
Percaturan DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan semalam tidak menjadi apabila Siew Keong berjaya memenangi hati pengundi dengan memperoleh majoriti 238 undi.
Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan memperoleh sejumlah 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dalam satu kenyataan di sini hari ini menyifatkan kemenangan BN di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoritinya adalah pengundi India, merupakan satu perkembangan yang positif berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
"Kejayaan BN di Teluk Intan mencetuskan harapan baharu, keyakinan dan semangat jitu kepada semua ahli dalam parti yang telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan.
"Malah, kali ini sokongan generasi muda di kawasan Ladang Nova Scotia kepada BN adalah sangat memuaskan berbanding sebelum ini mereka terpengaruh dengan pakatan pembangkang. Ini merupakan petanda yang cukup baik untuk kebangkitan semula parti di Teluk Intan," katanya.
Justeru, Palanivel mengucapkan Nandri (terima kasih) kepada kaum India di situ yang memberi kepercayaan dan harapan baharu kepada BN.
Di MELAKA, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kemenangan BN dalam PRK semalam bukan terletak di tangan satu-satu kaum sebaliknya ia adalah hasil keinginan seluruh masyarakat Cina, Melayu dan India yang inginkan perubahan baharu berbanding sebelum ini.
Katanya, sokongan padu terhadap BN mendorong Siew Keong mendapat mandat untuk merampas kembali kerusi itu dari DAP sejak 2008 apabila menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi.
"Biarpun menang tipis, namun jelas membuktikan rakyat berbilang kaum di Teluk Intan lebih percaya terhadap pemimpin dari BN untuk membawa perubahan baharu di Parlimen Teluk Intan," katanya selepas menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Pemukiman Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Pusat Boling Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.
Di BATU PAHAT, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi mahu BN terus mengetengahkan calon tempatan dalam pilihan raya akan datang kerana kriteria tersebut dilihat berupaya menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan parti.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, calon tempatan lebih disenangi masyarakat setempat selain memahami permasalahan dan isu yang berlaku di kawasan masing-masing.
"Faktor calon tempatan yang disenangi memang antara kriteria utama yang sudah diamalkan kepimpinan tinggi parti, tetapi pada masa sama mereka yang terpilih juga perlu faham masalah dan isu setempat dengan kerap turun padang bertemu masyarakat," katanya.
Di PULAU PINANG, Ahli Dewan Negara yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan, keberanian DAP meletakkan calon muda Melayu, akhirnya memakan diri sendiri.
Katanya, kekalahan calon DAP semalam jelas menunjukkan rakyat menolak dasar-dasar yang dibawa DAP dan kembali menyokong BN.
"Taktik DAP meletakkan calon Melayu jelas memakan diri sendiri, hujah atau agenda yang dibawa Dyana Sofya juga dilihat tidak mantap untuk menjadi seorang Ahli Parlimen apabila hanya menyerang institusi orang Melayu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)," katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa kawasan Parlimen Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)










