PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Sunday, 23 March 2014
Program gotong royong di sek agama bersama rakan2 exco pemuda serta sidang zainal,kekanda hashim dan jkkk hutan melintang
Hari ini Kp dan NKP serta pemuda-pemuda exco bagan datuk telah menjalankan tugas gotong royong bersama penduduk hutan melintang san terima kasih kepada penduduk kampung yang telah bergotong royong bersama kami pagi tadi.........
Saturday, 22 March 2014
pemuda yang berjiwa rakyat
Di majlis naik buaian di rumah uncle di kg sg hj mohd,pemuda yang berjiwa rakyat selalu bersama rakyat di bagan datuk.....terbaiklah KP........
Tahniah raja mohd amin exco pemuda umno bahagian bagan dato
Tahniah raja mohd amin exco pemuda umno bahagian bagan dato.skg dh jd suami org.hehe.semoga berkekalan sehingga akhir hayat.alhamdulillah segalanya telah selesai dgn 2 x lafaz akad
Friday, 21 March 2014
Keputusan SPM terbaik
Dr. Khair Mohamad Yusof menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA -- Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.
Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.
"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.
Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.
Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.
"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.
Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.
Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.
"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.
"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.
"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.
Thursday, 20 March 2014
Objek Pesawat MH370 : PM Australia Telefon Najib
KUALA LUMPUR, 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini berkata Abbot telah memaklumkan kepada Najib bahawa 'dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi."
Beliau berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith juga telah memberikan penerangan kepada beliau mengenai situasi ini.
"Pada peringkat ini, para pegawai Australia masih belum memastikan sama ada objek-objek itu benar-benar ada kaitan dengan pencarian MH370," katanya.
Terdahulu Abbott berkata di Canberra bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac , menurut agensi berita Reuters.
Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."
Penerbangan Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.
Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadanKazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Foto - CNN
Subscribe to:
Posts (Atom)





















