PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Thursday, 6 February 2014

Kes Teresa Kok : Anwar Akui DAP Perkauman?! [Video] #DAP


Ramai penyokong pembangkang memomokkan kononnya penyokong kerajaan bersikap prajudis, rasis dan perkauman. Akan tetapi ia semuanya bersabit dengan dakwaan dahulu Anwar sendiri tahu akan agenda DAP yang sebenarnya dan ternyata ia biasa diterjemahkan oleh Karpal dan sekutu-sekutu mereka.


Wednesday, 5 February 2014

Teresa Kok Mungkin Ke Penjara Kerana Video Klip Rasis ?





PRK Kajang 23.03.14, Penamaan Calon 11.03.14


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau. -mk'

KANTOI !!! #LIMKITSIANG KENCING RAKYAT !!! BUKTI KEBENARAN KHUTBAH JUMAAT #JAKIM DIDEDAHKAN !!!

Tidak pernah terjadi dalam sejarah di mana seorang pemimpin kafir di negara ini mempertikai isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan khas kepada umat Islam.Namun,perkara ini berlaku pada Jumaat lalu di mana Lim Kit Siang mempertikai khutbah JAKIM sebagai bertentangan dengan slogan ‘kesederhanaan’ Perdana Menteri dan mampu mencetuskan perpecahan.Beliau juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang‘amat dikesalkan’.Khutbah JAKIM tersebut adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT seperti berikut :   

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).”  

Terlebih dahulu,teks khutbah tersebut menyatakan bahawa “perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama.Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama,tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.”   

Nampaknya,Lim Kit Siang hanya membaca teks ini di perenggan pertama dan kemudiannya memanipulasinya bagi mencipta persepsi bahawa JAKIM/Islam/umat Islam atau kerajaanlah membenarkan dan menjadi punca perpecahan.Jika pembaca Badut Rakyat meneliti teks khutbah tersebut sehingga akhir,maka pembaca akan faham kenapa Kit Siang terguling-guling kepanasan bagaikan termakan sebakul cili.Kandungan khutbah tersebut pada  dasarnya mengajak kepada perpaduan ummah dengan mengingatkan berkenaan usaha berterusan dari pihak musuh untuk memusnahkan tembok yang melindungi hak Islam dan umatnya.Ia seterusnya mengajak umat Islam bersatu memastikan keamanan negara dan tidak bersubahat dengan musuh Islam itu.

Jelas bahawa perkara inilah yang amat ditakuti oleh Kit Siang,iaitu ‘perpaduan’ yang diseru oleh JAKIM mampu menyerlahkan dirinya sebagai pencetus perpecahan.Ayat AlQuran yang dipetik oleh JAKIM yang menyatakan bahawa penganut Kristian dan Yahudi tidak akan akan suka kepada umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka telah terkena tepat ke batang hidung Kit Siang.Seperti yang dapat kita lihat sendiri Kit Siang dan partinya DAP merupakan penyokong utama,kalaupun bukan dalang kepada provokasi Kristian mengenai Kalimah ‘Allah’.Provokasi Kristian dalam isu ini tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk memurtadkan umat Islam secara muslihat atau penipuan, semata-mata kerana ‘tidak suka kepada Islam’.Selain itu,kita juga telah dibongkarkan bagaimana NGO-NGO yang menyokong provokasi Kristian di negara ini kebanyakannya mempunyai hubungan dengan rangkaian Yahudi melalui OSI,NED,IRI atau yang sewaktu dengannya.Kita juga tahu bahawa NGO-NGO yang sama turut menjadi juara dalam isu LGBT.NGO-NGO ini merupakan kumpulan pendesak agar LGBT diiktiraf, serta perlakuan seksual songsang mereka diterima sebagai hak asasi manusia.    

Semua ini mengukuhkan lagi ayat Allah SWT di atas bahawa pihak Kristian dan Yahudi akan memaksa cara hidup mereka ke atas umat Islam, dan tidak akan berhenti sehingga berjaya.Justeru JAKIM menyimpulkan bahawa apa yang mampu menghalang desakan kumpulan Kristian dan Yahudi yang bertopengkan DAP dan PKR ini ialah penyatuan ummah.Umat Islam tidak mampu berpecah dalam menghadapi ancaman musuh Islam ini.Kita boleh berhujah bahawa Islam itu tidak memerlukan perlindungan kerana berada di tempat yang tinggi jauh di dalam hati muslimin dan muslimat,tidak boleh dihapus atau dibuang oleh mana-mana pihak luar.Namun,yang menjadi subjek di sini bukanlah kedudukan Islam di dalam hati umatnya, tetapi kedudukan umat Islam di negaranya sendiri.Malang sekali apabila umat Islam yang berada di negara sendiri perlukan perlindungan dari pencerobohan dan penguasaan musuh yang ingin memusnahkan asas kenegaraan yang bersandarkan agamanya.Oleh itu,saya ingin bertanya Kit Siang,jika negara majoriti Kristian berhak meletakkan agama Kristian sebagai rujukan utama undang-undang dan polisinya,kenapa negara majoriti Islam perlu didesak untuk menerima semua agama sebagai sama ???     

Setujukah anda wahai Kit Siang bahawa jawapannya ialah kerana wujudnya kumpulan Kristian dan Yahudi yang ‘tidak suka’ atau ‘tidak senang’ terhadap apa saja yang berkaitan Islam ???? Hakikatnya,segala permasalahan ini telah pun diperingatkan kepada manusia di dalam Al-Quran walaupun pada ketika ayat ini diturunkan,Malaysia masih belum lagi wujud.Sesungguhnya,tiada yang tidak benar di dalam AlQuran melainkan yang benar- benar belaka sama ada ia berkaitan sains dan alam semesta,ataupun mengenai sikap dan perangai kaum dan bangsa.Mungkin Lim Kit Siang tersentak apabila membaca ayat khutbah tersebut yang terkena tepat kepada dirinya.Mungkin kerana itulah Kit Siang berusaha sedaya upaya untuk memutarbelit khutbah tersebut bagi memperlihatkan keburukan di pihak JAKIM atau Islam itu sendiri.Apa yang pasti,tiada salahnya JAKIM mengajak kepada perpaduan ummah sambil berpesan agar menjaga keamanan negara.Tiada salahnya mengajak umat Islam agar berhati-hati dengan hasutan musuh dan pengkhianat negara.Benar bukan semua Kristian itu pengkhianat dan bukan semua Yahudi itu jahat dan mereka yang tidak khianat dan tidak jahat tentu sekali tidak akan melenting dengan khutbah JAKIM ini.Hanya yang termakan cili sahaja yang terasa pedas.  Hanya yang bersalah sahaja yang akan merasa cuak.Kit Siang terasa pedas atau cuak ??? Atau sekadar merasa benci yang amat sangat terhadap JAKIM ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, 4 February 2014

HOT NEWS ADUN HUTAN MELINTANG LETAK JAWATAN.............





CERITA TERBARU DI PERAK ADUN HUTAN MELINTANG LETAK JAWATAN KERANA ADA PERBALAHAN DALAM PARTI PKR........SEMAKIN BANYAK KITA TAHU BAHAWA PKR MEMANG PARTI KELENTONG RAKYAT,APA LAGI PLAN ANWAR GAY NI YA HEX3.........BARU KOME TAHU HAX3

Pemuda PAS Buat Tolak Anwar Jadi MB Selangor


Pemuda PAS hari ini menegaskan mereka menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri berkenaan, kata Suhaizan Kaiat.

Ketua Pemuda PAS itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar baru kerana khuatir ia akan dipanjangkan sehingga melibatkan pihak Istana Selangor.

"Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur.

Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat.

"Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.

"Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya.

Beliau turut mendesak agar "kesilapan" seperti itu tidak diulangi oleh parti komponen PR yang lain pada masa depan.

Suhaizan ketika sidang media itu berkata, sayap pemuda PAS itu juga akan bersama-sama dengan kepimpinan PR untuk turun berkempen bagi Anwar.

"Kami akan bersama dalam PRK DUN Kajang bagi membantu kemenangan PR," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda PAS melantik Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor Khairul Nizam Toha selaku penyelaras PRK DUN Kajang Pemuda PAS.

Beliau turut berkata, parti yang bertanding tidak seharusnya mengamalkan pembaziran dengan "projek-projek mee segera" kerana ia bakal memudaratkan rakyat.

"Sekiranya berlaku pertandingan, pemuda minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) mengadakan PRK dengan adil dan bersih.

"Elakkan berlakunya pembaziran. Elakkan projek mee segera yang akan korbankan wang rakyat," katanya, dan menambah rakyat akan pastinya menghukum pihak yang membazir.

Meskipun tidak bersetuju dengan pengosongan kerusi oleh mantan Adun Kajang Lee Chin Cheh, Suhaizan berkata PR juga tidak akan sesekali memberikan kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).

"Alasan (pengosongan) yang diberikan itu walaupun kita tidak setuju kerana ada pembaziran, tetapi kita tak setuju beri kemenangan percuma kepada BN," katanya. ~tmi

Monday, 3 February 2014

Sambutan Maulidul Rasul di kampung Hutan Melintang







Sambutan Maulidul Rasul di kampung Hutan Melintang yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh dan barisan exco Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh..