PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Monday, 3 February 2014

Ya allah,taubat la adik weiiii,Lagi Pelajar Kongsi Gambar Aksi Terlampau Di Twitter


Lagi Kes Pelajar Muat Naik Gambar Terlampau Di Twitter | Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.

Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.

Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.


Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.


Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan admin kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.

Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam ?? Ini baru sedikit ada yang jauh lebih dasyat daripada ini yang admin tak dedahkan.

Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita.Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi..

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran , ambil tahu dengan siapa mereka berkawan , jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang admin dedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara..

MAAF ! admin sudah memutuskan untuk tidak menyiarkan link akaun media sosial mereka kerana ianya sudah pasti akan menjadi iklan percuma kepada pihak-pihak di luar sana.Sekalipun ada pihak yang mahu mengambil tindakan contohnya SKMM buatlah carian , pasti dengan keupayaan yang ada pada pihak-pihak berwajib ini perkara sebegini amat mudah di temui.

Dr. Mahathir Dedah Tujuan Sebenar Anwar Ibrahim Bertanding Di Kajang

Dr. Mahathir Bongkar Tujuan Sebenar Anwar Ibrahim Bertanding Di Kajang | Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri. 

Dr Mahathir berkata, ia adalah langkah untuk naik dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja. 

Dr Mahathir ditemu bual DJ Wan Syahrina pada Program Dalam Radar Khas secara langsung di Radio24 di Wisma BERNAMA. - Foto Azmaidi Abidin/BH]Hasrat tanding di DUN Kajang sebagai 'tangga' untuk teruskan impian jadi Perdana Menteri.

“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program Dalam Radar Khas terbitan BERNAMA Radio24 di Wisma BERNAMA di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. 

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata: “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk UMNO bukan kerana sayang kepada UMNO kerana jika tak masuk UMNO, tak boleh jadi Perdana Menteri. 

Alasan capai matlamat

“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi Perdana Menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (UMNO) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya. 

Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak. 

“Bagaimanapun, jika beliau menjadi Perdana Menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi Perdana Menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya. - BERNAMA

Sunday, 2 February 2014

'Saya bukan ahli politik'


KUALA LUMPUR - Terkejut namanya dicadangkan untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan, beliau bukan ahli politik.
Pemain berusia 31 tahun itu juga berkata, beliau lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain badminton antarabangsa dan bukan melibatkan diri dalam bidang politik atau bertanding pada pilihan raya.

"Jangan cakap macam itu (bersara kerana mahu menjadi ahli politik). Saya tidak suka menonjol diri dan lebih selesa dengan cara sekarang," kata bapa kepada seorang anak itu lagi.
"Saya adalah pemain badminton dan bukan ahli politik.
"Saya juga lebih suka mengambil sikap merendah diri," kata Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurut Chong Wei, beliau masih terkejut kerana menerima banyak panggilan telefon sejak namanya dikaitkan dengan kemungkinan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak tahu apa-apa, tiba-tiba dapat banyak panggilan bertanyakan tentang perkara ini, memang terkejut sangat," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu lagi.
Chong Wei, juara All England 2010 dan 2011 merupakan bintang sukan paling berpengaruh di Malaysia dan telah memegang tampuk pemain No. 1 dunia sejak enam tahun lalu.
Beliau juga menjadi pemain Malaysia paling berjaya dalam era badminton moden dengan memenangi pelbagai kejuaraan dalam kalendar kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Tahun lalu saja, Chong Wei memenangi tujuh gelaran Siri Super dan tahun ini, beliau bakal menjadi tonggak utama negara pada Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia.

Sejurus merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-10 pada 19 Januari lalu, beliau menyuarakan hasrat untuk bersara pada akhir tahun ini kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan sekali gus mencetuskan tanda tanya, apakah bidang politik akan menjadi pilihannya selepas persaraan.
"Jangan cakap macam itu (bersara kerana mahu menjadi ahli politik). Saya tidak suka menonjol diri dan lebih selesa dengan cara sekarang," kata bapa kepada seorang anak itu lagi.

Sementara itu jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, adalah tidak kena jika Chong Wei dicadangkan sebagai calon pilihan raya ketika beliau masih aktif bermain.
"Saya rasa memang tidak kena sebab beliau masih aktif, apa pun saya tidak mahu komen banyak kerana semuanya terpulang pada Chong Wei sendiri," ujarnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di situ, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi membolehkan Anwar bertanding di situ.
Kelmarin, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di situ, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi membolehkan Anwar bertanding di situ.

BONGKAR !!! SIAPA KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN KALAU #ANWARIBRAHIM JADI MB SELANGOR ???

PR sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ‘sementara’ menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR,PAS dan DAP.Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang ‘setara’ bagi jawatan Perdana Menteri.Bagaimanapun,pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat.Apa yang mengejutkan ialah,Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.Sekiranya ini benar,ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang.    

Walaupun ia dikira tindakan ‘turun pangkat’ bagi Anwar,namun pada hakikatnya,jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih ‘berkuasa’ lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia.Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat.Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang,maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.Dari situ,PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja.Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan.    

Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah,jika Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang,siapakah yang akan menggantikannya ??? Calon yang dikatakan ‘logik’ adalah Lim Kit Siang,Hadi Awang dan juga Azmin Ali.Malangnya,mengikut pandangan umum,tiada seorang pun dari mereka ini dilihat mampu mewakili keseluruhan PR,jauh sekali keseluruhan rakyat.Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili kaum Cina.Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan India.Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Kit Siang.Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.Ini,ditambah lagi dengan hakikat beliau adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.Atas dasar ini,Kit Siang tidak mungkin boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.  

Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu- sekutunya.saya difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat dalaman PAS sekali pun dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan tugas bagi pihaknya.Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang,maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan dominan.Justeru,walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu,tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik.Tanpa kepercayaan dari ahli parti sendiri,terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua Pembangkang Malaysia.Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal.  Beliau yang terkenal sebagai suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua Pembangkang terdahulu.Secara dasarnya,Azmin mungkin boleh bergerak sebagai bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan.Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal,tetapi itu tidak bermakna DAP menyokongnya seratus peratus.Apa yang saya tahu,Azmin sering dicurigai oleh DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.     

Kesimpulannya,ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.Masing-masing membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian PR.Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang.Hakikatnya,biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti.Tanpa Anwar sebagai Ketua Pembangkang,PR akan mendapati amat sukar untuk bersatu.Berdasarkan hakikat ini,saya semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.Mungkinkah Anwar akan melakukan kejutan di saat-saat akhir ??? Apapun,yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja keputusannya nanti adalah untuk dirinya,bukan untuk rakyat,bukan untuk parti dan tentu sekali bukan untuk negara ini.Anwar adalah seorang yang gila kuasa.Beliau sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa beliau tidak perlu bekerja.Permatang Pauh,Kajang,Selangor,PKR,PR dan Malaysia,kalau boleh semua ingin diterajuinya. Bukannya susah,hanya perlu menabur janji sahaja

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Pemberian peralatan sukan kepada pemuda cawangan simpang 4 rungkup, sungai betul dan kebun







Pemberian peralatan sukan kepada pemuda cawangan simpang 4 rungkup, sungai betul dan kebun baru oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh.Walaupun ketua pemuda tiada kerana pergi menunaikan umrah tapi tanggungjawab sebagai naib ketua pemuda bagan datuh tetap dijalankan untuk membantu mereka yang memerlukan............

Saturday, 1 February 2014

pasukan bola sepak selangor yang baru hax3


gabungan 3 parti terjadi la pasukan baru untuk team selangor hax3,semua x boleh pakai....................

Tolak calon PKR di DUN Kajang





SHAH ALAM- Rakyat harus menolak calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana kekosongan kerusi itu berlaku semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengundi di Kajang perlu bijak, tidak bersimpati atau bersekongkol membantu calon PKR yang menjadi punca kepada sebuah pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak diperlukan.

"Barisan Nasional (BN) menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tetapi demokrasi perlulah dibuat secara demokratik dan bukan seperti yang dilakukan oleh PKR.
"Kekosongan kerusi DUN Kajang berlaku semata-mata untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam PKR dan bagi saya, rakyat harus tolak calon berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Biro Publisiti Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan, BN tetap meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ditanya berhubung calon BN, Ahmad Zahid berkata, memandangkan DUN Kajang secara tradisinya ditandingi MCA, maka calon daripada parti itu akan diberi peluang.
"Bagaimanapun, mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan diadakan dalam tempoh terdekat dan kuasa mutlak untuk meletakkan calon terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi BN," katanya.