PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Sunday, 5 January 2014
Happy birthday to you Datuk Zahid hamidi
saya dr.nik dan family serta mewakilli pemuda umno bagan datuk ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada datuk zahid hamidi semoga sihat-sihat selalu dan dapat memimpin dengan baik...........
Saturday, 4 January 2014
UMNO Selangor larang perhimpunan di gereja
SHAH ALAM 4 Jan. - UMNO Selangor melarang mana-mana anggotanya serta meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mengadakan himpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan, selain memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara.
"Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO, di sini hari ini.
Sebelum ini, beberapa cawangan UMNO dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah 'Allah.'
Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata, gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam. - BERNAMA
Kerajaan akan bantu rakyat atasi kos sara hidup meningkat
BAGAN DATOH - Kerajaan akan terus membela dan memastikan kesejahteraan rakyat menerusi pelbagai bantuan dan subsidi bagi membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Menurut beliau, ini terbukti menerusi subsidi berjumlah RM44 bilion ke atas petrol dan diesel, pelbagai jenis barangan keperluan harian, bidang kesihatan, golongan peniaga, petani dan nelayan.
Beliau berkata, kerajaan turut memberikan subsidi ke atas enam barangan keperluan harian iaitu petrol dan diesel, beras, tepung, minyak masak dan gas memasak.
Selain itu katanya, kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan seperti wang tunai dan baucar buku.
"Kerajaan juga memberikan bantuan kesihatan kepada rakyat. Apabila mereka ke klinik atau hospital kerajaan, mereka cuma perlu membayar RM1 sahaja, iaitu subsidi sebanyak 99 peratus.
"Untuk rakyat menikmati harga barangan yang rendah, kerajaan akan menambah 60 buah buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tahun depan yang kini berjumlah 120 buah di seluruh negara," katanya ketika berucap menyampaikan ceramah berhubung isu-isu semasa di sini hari ini.
Tambah Ahmad, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan petani seperti pesawah yang menikmati subsidi baja, racun dan benih serta subsidi harga padi.
Bagi golongan nelayan pula kata beliau, mereka turut menikmati pelbagai bantuan seperti elaun, perlindungan insurans dan harga tangkapan yang tinggi.
Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, Ahmad menjelaskan, rakyat yang kurang berkemampuan menerima bantuan bulanan antara RM100 hingga RM300.
"Bagi golongan peniaga, mereka mendapat pelbagai kemudahan pinjaman seperti RM1.8 bilion di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), RM300 juta menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah RM120 juta dan pinjaman perniagaan untuk siswazah yang berjumlah RM50 juta.
"Rakyat yang mahu memiliki kediaman pula, pelbagai bantuan disediakan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandar, skim rumah mampu milik, rumah kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat dan pelbagai lagi," katanya.
Friday, 3 January 2014
'Belia Melayu mudah diperalat'
SEBAHAGIAN anak muda Melayu yang menyertai perhimpunan haram pada malam ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin. -
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kecewa melihat anak muda Melayu cukup mudah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan haram.
Keng Liang berkata, pemerhatian mendapati dalam setiap perhimpunan haram termasuk Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka kelmarin, kehadiran anak muda Melayu melebihi 90 peratus.
Tegasnya, kehadiran anak muda kaum lain dalam perhimpunan sedemikian adalah sangat rendah iaitu di sekitar 500 orang bagi jumlah kehadiran 10,000.
"Dalam siri perhimpunan haram di ibu negara, anak muda Melayu didapati menjadi benteng hadapan.Ini satu trend yang tidak bagus, kenapa mereka ini terlalu mudah dipergunakan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Keng Liang menasihatkan anak muda Melayu yang berminat dengan politik supaya lebih cerdik dalam apa jua tindakan.
Katanya, anak muda Melayu perlu sedar jika ditangkap pihak berkuasa, pihak yang mempergunakan mereka akan lepas tangan.
"Mereka kena cerdik, nak main politik janganlah sampai dipergunakan pihak yang mempunyai agenda peribadi.
"Maaf cakap, anak muda bangsa lain lebih tahu apa yang lebih penting untuk masa depan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Keng Liang menjelaskan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat terhadap anak muda Melayu tidak bermaksud beliau bersikap perkauman.
"Saya menegur kerana menganggap anak muda Melayu sebagai keluarga besar saya sebagaimana kaum-kaum lain.
"Jika ada orang yang mahu saya berjuang dan ambil tahu tentang bangsa Cina sahaja, itulah orang yang sebenarnya rasis," tegasnya.
BETUL KATA PANDANGAN KETUA PEMUDA GERAKAN ITU,TERIMA KASIH ATAS NASIHAT DAN TEGURAN ITU,
KAMI PEMUDA UMNO BAGAN DATUK DAN MEWAKILLI PEMUDA UMNO PERAK SERTA MALAYSIA AKAN CUBA MENCARI JALAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI GOLONGAN MUDA JANGAN CEPAT TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN YANG TERTENTU DAN MEROSAKKAN DIRI MEREKA SENDIRI SUPAYA MEREKA TAHU NILAI BANGSA KAUM MELAYU ADALAH TINGGI DAN AKAN CUBA SECARA PERLAHAN UNTUK MENGUBAH PEMUDA MELAYU KE TAHAP YANG LEBIH BAIK.
Al-Fatihah.. Kepada sahabat seperjuangan kita telah kembali kewarahmatulallah
Al-Fatihah.. Kepada sahabat seperjuangan kita telah kembali kewarahmatulallah pd Jam 1.15ptg petang semalam.. Jenazah telah dikebumikan pada jam 10 pagi tadi,Kami pemuda bagan datuk mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham,semoga roh nye dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang beriman amin.....
Thursday, 2 January 2014
DETIK-DETIK KENANGAN MALAM TAHUN BARU ANJURAN PEMUDA UMNO BAGAN DATUK DAN BELIA 4B BAGAN DATUK
TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PEMUDA UMNO DAN BELIA 4B BAGAN DATUK KERANA TELAH MENJAYAKAN PROGRAM INI DAN JUTAAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENDUDUK BAGAN DATUK YANG DATANG KE PROGRAM INI TANPA ANDA SIAPALAH KAMI DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA AHLI-AHLI UMNO BAGAN DATUK KERANA MENYOKONG KAMI MENJAYAKAN PROGRAM INI..........
KAMI PEMUDA BAGAN DATUK DAN BELIA 4B AKAN MEMASTIKAN PEMUDA-PEMUDI BAGAN DATUK AKAN TERUS MENCAPAI KE ARAH GENERASI YANG CEMERLANG DAN BERJAYA DAN MEMBUKTIKAN BAHAWA PEMUDA DI LUAR DESA PUN BOLEH BERJAYA JUGA..................
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan menganyam ketupat dan memancing anjuran 5 cawangan
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan menganyam ketupat dan memancing anjuran 5 oleh ke ketua wanita umno bahagian bagan datoh dan juga pemuda umno bagan datuk serta exco-exco umno.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























