PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT
Sunday, 13 March 2016
Najib: Islam penyelesai segala masalah
SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa sedih mengenai nasib yang menimpa umat Islam kini.
Ujarnya, gejala keganasan yang berlaku dalam dunia Islam sekarang telah banyak menjadikan umat Islam mangsa.
“Setiap hari, banyak keganasan yang berlaku dalam dunia Islam dan amat menyedihkan apabila melihat begitu ramai umat Islam yang mati di tangan umat Islam sendiri.
“Ditambah pula dengan kebangkitan fahaman ekstremis, kesemua ini telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan satu fenomena Islamofobia,”katanya dalam satu kenyataan.
Menggulas lanjut, Najib berkata semasa zaman Nabi Muhammad SAW, Islam wujud bersama dengan agama-agama lain tanpa sebarang sengketa.
“Ini boleh digunakan sebagai asas untuk menggalakkan nilai-nilai teras biasa dalam kalangan penganut agama yang berbeza.
“Saya percaya bahawa penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi boleh didapati dalam Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang mengajar kesederhanaan,” katanya.
-Sinar Harian
Saturday, 12 March 2016
Kesatupaduan Bantu Perkukuhkan Parti – DS Ahmad Zahid
IPOH: Kesatupaduan yang terbentuk dalam kalangan barisan kepimpinan UMNO dapat memperkukuhkan parti untuk menghadapi sebarang permasalahan yang mendatang.
Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesatupaduan yang ditunjukkan sama ada daripada akar umbi atau barisan kepimpinan dapat membantu seorang pemimpin untuk menghadapi cabaran dalam landskap politik di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun terdapat satu gerakan yang membuat deklarasi untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada, namun ia mampu diselesaikan dengan cara terbaik.
“Apabila perpaduan dalaman itu diselesaikan dengan cara baik dan masalah dalaman parti dirungkaikan kekusutannya, maka apapun halangan yang akan datang, insyaAllah kita yakin ianya akan jadi sesuatu yang baik akhirnya nanti,” katanya.
Turut hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.
Ahmad Zahid turut meminta agar semua pihak bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka tidak lama lagi.
“Itu juga sebabnya kita meminta rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan yang bukan dalam BN tetapi merupakan rakan BN agar sama-sama dengan kita sebab perjalanan kita tidak terlalu jauh dari sekarang untuk menghadapi hari besar kita, PRU 14,” katanya lagi.
“Jika institusi ini digugat, ertinya ia menggugat institusi kepimpinan semua peringkat dalam UMNO dan BN diseluruh negara terutamanya di peringkat negeri Perak,” tegasnya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, rasa hormat terhadap pemimpin terdahulu boleh hilang disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh mereka.
“Bukan kita yang merungkaikan rasa hormat itu harus dipadamkan kepada seseorang atau sesuatu kumpulan, tetapi perbuatan seseorang itu sendiri yang menyebabkan rasa hormat itu hilang dalam kalangan rakyat dan pelbagai latar belakang,” jelasnya.
Friday, 11 March 2016
Tun M Tidak Hayati Perjuangan Parti
SELAMA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menghayati perjuangan parti apabila duduk sebaris dengan barisan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ujarnya, tindakan Tun Mahathir untuk keluar dari UMNO, juga mencerminkan bahawa beliau langsung tidak menghayati perjuangan parti yang disertainya sejak sekian lama.
“Maka saya minta rakyat sedar, jika dia buat sebegitu rupa mesti ada sesuatu dilakukan atas kepentingan beliau sendiri atau kepentingan keluarga bukan atas kepentingan rakyat atau parti,” katanya.
Beliau turut mendakwa Dr Mahathir seolah melakukan tindakan itu apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz di gugurkan dari menggalas jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
“Melayu mudah lupa, saya rasa dia (Mahathir) juga mudah lupa,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG di Sekolah Sungai Dendang, Kubu Gajah di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut memberi saranan supaya tindakan tegas perlu diambil ke atas bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana turut serta bersama Mahathir menggunakan platform barisan pembangkang.
“Ahli Majlis Tertinggi patut mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang boleh duduk sebaris dengan pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin negara,” katanya.
Jelasnya lagi, jika seseorang yang mempunyai pendirian tegas untuk menentukan bahawa apa sahaja perkara yang dingini perlu menyalurkannya kepada pemimpin tertinggi UMNO pada saluran yang betul.
“Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden, dia juga pernah juga menganggotai kabinet dan beliau menyalurkan apa sahaja yang dia mahu selama ini mengikut saluran yang terbaik.
“Tapi apa yang dilakukan hari ini bersama pihak pembangkang maka bermakna keputusan adalah semata seperti nak menjatuhkan bukan hanya pemimpin UMNO tetapi parti keseluruhannya,” katanya.
Tambahnya lagi Muhyiddin perlu bertanggungjawab sekiranya pihak MT akan mengambil tindakan terhadap beliau.
“Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menggantung tugas beliau kerana dilihat telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membantu presiden.
“Sepatutnya timbalan presiden yang diberikan tugas utama adalah untuk membantu presiden. Ini bukan nak membantu tapi untuk menjatuhkan presiden,” katanya lagi.
Tambahnya lagi tindakan Deklarasi Rakyat semalam mencerminkan bahawa ahli parti kini sudah sanggup duduk dengan pembangkang untuk menjatuhkan imej presiden parti itu.
Ujar Hamzah lagi, ahli akar umbi parti sentiasa memberikan sokongan yang jitu terhadap Perdana menteri dan meyakini bahawa beliau mampu menjalankan tugas dengan baik.
Thursday, 10 March 2016
Deklarasi Rakyat: DAP Dilihat Ada Agenda Tersendiri
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, DAP dilihat mempunyai agenda tersendiri apabila membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memetik laporan Bernama, Mohd Ali berkata, beliau sangsi dengan kerjasama itu mampu membawa kebaikan kepada negara.
“Sehubungan itu, ahli UMNO dan rakyat tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh,”ujarnya.
Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai satu kumpulan seramai 58 orang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
Dalam masa yang sama, beliau turut melihat kerjasama yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan penyokongnya lebih kepada memenuhi kehendak DAP.
“Perkara ini perlu ditolak kerana tindakan menyingkirkan Perdana Menteri tanpa melalui perundangan dan proses demokrasi adalah tidak sah.
“Sistem demokrasi harus dipertahankan, kerajaan dan Perdana Menteri dipilih menerusi peti undi bukan dengan cara penggulingan atau demonstrasi jalanan,”ujarnya.
Berikutan itu, beliau dan UMNO Bahagian Bukit Katil menyokong penuh kepimpinan Najib dan menolak gerakan DAP bersama Tun Mahathir.
Wednesday, 9 March 2016
Perkukuhkan Jambatan Antara UMNO dan Rakyat
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabsheeberkata, parti itu perlu melakukan transformasi politik dengan
lebih drastik membabitkan proses kepercayaan dan keyakinan ahli terutama
di peringkat akar umbi.
Katanya, mengambilkira
pelbagai isu dan senario yang menjadi latar belakang kepada apa yang
didakwa sebagai krisisi keyakinan, UMNO perlu lebih radikal untuk
memulihkan semula keyakinan tersebut.
"Walaupun UMNO setakat ini
tidak dilanda krisis yang meruncing, tetapi realitinya keyakinan
sesetengah pihak terhadap keupayaan UMNO mula menjadi tanda tanya,"
ujarnya.
Oleh sebab itu tegas beliau,
pemimpin UMNO perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik bagi
mengambalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah.
"Walaupun agak pahit untuk
menerima hakikatnya, UMNO perlu lebih tangkas dan berani berdepan dengan
rakyat tanpa meletakkan kesalahan kepada pihak lain," tegasnya lagi.
Beliau yang juga Setiausaha
Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, salah satu kaedahnya
pemimpin UMNO perlu lebih kerap turun padang.
Syed Ali menjelaskan,
golongan akar umbi sebenarnya dahagakan kepada kehadiran pemimpin yang
mereka pilih disamping memberikan penjelasan sesuatu isu secara telus
dan bertanggungjawab.
Beliau berkata, akibat
ketiadaan penjelasan yang meyakinkan rakyat hari ini terutama generasi
muda terperangkap dengan kekeliruan ciptaan pihak berkepentingan.
Beliau turut mengakui
persepsi negatif yang turut disemarakkan oleh pihak pembangkang
sedikit-sebanyak telah menghakis keyakinan tersebut.
"Anak muda terdedah dengan
ledakan maklumat tanpa sempadan menerusi media sosial yang menjadi salah
satu punca kekeliruan dan ketidakyakinan kepada sistem pentadbiran hari
ini," ujarnya.
Kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan UMNO tegas beliau, telah melakukan yang terbaik untuk
kepentingan rakyat dan negara tetapi mereka masih juga terpedaya dengan
pemalsuan fakta dilakukan pembangkang.
"Malah ada yang percaya dan
menerima tanpa banyak soal mainan persespsi jahat golongan tidak
bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO,"
ujarnya.
Beliau bagaimanapun
berkeyakinan bahawa golongan sasasaran akan kekal setia kepada UMNO jika
mereka mendapat maklumat yang tepat dan sahih bersabit sesuatu isu.
"Saya juga percaya rakyat
tetap bersama UMNO," tegasnya sambil mengingatkan pemimpin perlu
bersedia untuk mendengar keersahan mereka.
Katanya lagi, jambatan kukuh
yang menghubungkan antara kesetiaan rakyat dengan kepimpinan UMNO perlu
diperkuatkan supaya tidak runtuh terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU)
akan datang.
Syed Ali menjelaskan, pihak
pembangkang sedang berusaha keras untuk meruntuhkan jambatan tersebut
kerana hanya dengan cara itu mereka akan menguasai negara ini.
"Kita tidak rela jambatan itu
ranap disebabkan kecuaian dan kealpaan kita atau kerana perbuatan
'anai-anai' yang merosakkannya daripada dalam," tegasnya.
Beliau juga mengingatkan
pemimpin komponen BN supaya sentiasa berpegang kepada ikatan
permuafakatan yang dijalin atas kepentingan semua kaum.
Menurutnya, BN bukan sahaja
penting kepada UMNO sebaliknya turut menjadi tempat bergantung
pati-parti sekutu yang berada dalam gagasan tersebut.
"Semua parti dalam BN kena
bekerja keras, bukan hanya UMNO yang bertungkus lumus kerana jika BN
terlucut kuasa selaku gabungan parti yang membentuk kerajaan, semuanya
akan turut menerima musibahnya," tegasnya.
Mengenai krisis dalaman yang
melanda PAS sekarang ini bersabut isu kerjasama parti itu dengan UMNO
terutama di Selangor, Syed Ali berkata masalah itu 'hal rumah tangga
mereka'.
"Usia PAS menyamai UMNO, tentu mereka sudah matang untuk menanganinya," katanya.
Mengenai kerjasama tersebut,
beliau menjelaskan berita itu hanya tersebar di laman-laman sosial dan
tidak ada kesahihan yang boleh diperakui.
"Saya ada dengar cakap-cakap
mengenai perkara itu (kerjasamna PAS-UMNO), tetapi sejauhmana
perkembangannya, masih belum pasti," katanya.
Tuesday, 8 March 2016
Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa Terus Serang Najib
BLOG APA
YANG TERSIRAT - Di kala parti pembangkang berkecai, para pemimpin Umno
pula saling menghunus keris, saling bertikam antara satu sama lain,
hanya kerana isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.
Mereka yang
terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin bukan alang
kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah menjadi
Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang berjawatan
mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan Presiden,
seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah menjadi wakil
rakyat berdekad lamanya.
Mereka yang
terlibat bertikam lidah, saling menjatuhkan itu, pemimpin bukan alang
kepalang, membabitkan mantan Perdana Menteri yang pernah menjadi
Presiden parti selama 22 tahun, seorang pemimpin veteran yang berjawatan
mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih sebagai Timbalan Presiden,
seorang Naib Presiden, seorang pemimpin veteran yang telah menjadi wakil
rakyat berdekad lamanya.
Malah
pengelibatan para mantan pemimpin yang pernah berkuasa berbagai jawatan
termasuk Menteri Besar, menteri kabinet terlama dan sebagainya.
Apa yang cuba ditunjukkan
oleh mantan-mantan pemimpin ini, kepada kader-kader parti khususnya pada
mereka yang baru berjinak-jinak menyokong atau ahli parti?
Apa kah mereka itu, ingin menunjukkan, demikianlah perjuangan, demikianlah kalau terlibat dengan parti?
Jika para pemimpin veteran
atau mantan pemimpin, benar-benar ikhlas semasa melahirkan hasrat
bersara, seharusnya, mereka memberi peluang kepada anak didik mereka
mengurus parti dan kerajaan.
Boleh dikatakan sebahagian
besar pemimpin yang ada dan sedang berkuasa dalam Umno merupakan
anak-anak didik para mantan pemimpin Umno, kerana Perdana Menteri
terlama negara hanya bersara pada Tahun 2003, hanya 12 tahun yang lalu.
Jika diimbas kembali
kecaluran dalam Umno dan Bn bermula selepas PRU-2004, apabila BN yang
diketuai oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi hampir melumpuhkan
pembangkang, kerana pada PRU itu, hampir semua pemimpin terkuat
pembangkang tumpas, termasuklah Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Pada PRU
itu, bagi parti yang disokong Anwar, hanya menang satu kerusi, iaitu
kerusi Permatang Pauh. Malah di kelantan, Pas menang dengan kelebihan
satu kerusi Dun.
Melihat keputusan tersebut,
Tun Dr Mahathir mula bersuara, bahawa negara perlu suara pembangkang
yang kuat di Dewan Rakyat, sebagai Check and Balance.
Setiap kesempatan dan peluang, mantan Perdana Menteri itu mengulang-ulang pendapat beliau itu.
Selepas itu, tekanan Tun Dr
Mahathir merebak kepada kepimpinan Pak Lah, ekoran kekalahan beliau
bertanding sebagai perwakilan G7 di Kubang Pasu, di mana beliau pernah
menjadi Ketua Bahagian lebih 22 tahun selain pembatalan Jambatan Bengkok
yang menghubungkan Johor dengan Singapura.
Oleh kerana suara Tun Dr
Mahathir kerap disiarkan oleh berbagai media pembangkang, maka satu
usaha dipihak Pak Lah memulaukan mantan Perdana Menteri itu daripada
semua liputan media yang ada kaitan dengan kerajaan.
Oleh kerana pemulauan itu,
mantan Perdana Menteri itu beralih ke media sosial, dengan menulis blog
chedet.cc. Melalui bloglah beliau mengecam pentadbiran Pak Lah.
Ekoran kecaman yang bertali
arus, termasuk keluar daripada Umno, maka Bn pada PRU-12, kehilangan
kuasa 2/3 di dewan rakyat. Dimana ianya berlaku sejak diwujudkannya BN.
Ekoran keputusan PRU-12 itu, maka beberapa pemimpin mendesak Pak Lah
meletakkan jawatan, sebagai tanggungjawab kerana keputusan yang merosot
tersebut.
Selepas Pak Lah meletekkan
jawatan pada 2 April 2009, dan DS Najib Razak mengangkat sumpah pada 3
April, seminggu kemudian, Tun Dr Mahathir menyertai semula Umno, dan
diterima sendiri oleh Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri
Perdana, Putrajaya.
Bermulalah sokongan Tun Dr Mahathir kepada kerajaan pimpinan DS Najib dan berlarutan sehingga PRU-13.
Selepas PRU itu, maka
diadakan pemilihan Umno, di mana Dato Mukhriz Tun Mahathir menawarkan
diri bertanding bagi jawatan naib Presiden, namun tewas walaupun
mendapat undi popular berbanding dengan calon yang mendapat urutan
ketiga. Kekalahan Mukhriz, kerana gagal mendapat undi daripada Pahang
dan Johor.
Bermula pada keadaan itu, Tun
Dr Mahathir mula mengeritik kepimpinan DS Najib, mula-mula hanya
sindir-sindiran melalui blog beliau.
Apabila isu 1MDB, menjadi
polimek di media khususnya laporan bertali arus Sarawak reports dan
disiar ulang dengan tokok tambah media pembangkang, antara lain
Malaysiakini, The Age, The Malaysian insider dan Free Malaysia Today,
Tun Dr Mahathir turut sama, dengan menulis pedas melalui blog beliau,
dengan dakwaan yang bukan kepalang, RM42 bilion wang yang dipinjam 1MDB
telah lesap.
Bermulalah, serangan peribadi Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib, termasuk meminta PM ke-6 itu meletakkan jawatan.
Bagi mereka yang mempunyai
niat mahu menjatuhkan PM, maka mengambil peluang ke atas serangan Tun Dr
Mahathir tersebut yang mempergunakan 1MDB turut sama mengeritik
syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut, dimana PM sendiri
merupakan penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut.
Apa yang pelik, anggota
kabinet DS Najib sendiri yang menyerang beliau, atas sebab itu, DS Najib
mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa 1MDB, dan pada masa yang sama
Bank negara, PDRM, SPRM juga turut memeriksa syarikat milik MOF
tersebut, malah PAC Dewan Rakyat juga turut ikut memeriksa.
Belumpun selesai penyiasatan,
berbagai maklumat berkaitan syarikat itu telah dibocorkan ke media
asing untuk dibuat laporan dengan berbagai tokok tambah yang bersifat
spekulatif dan dakwaan, kononya telah berlaku salahgunakuasa di pihak
Perdana Menteri.
Tujuan kepada semua tindakan itu, untuk memaksa DS Najib meletakkan jawatan.
Oleh kerana PM merasa dipihak
yang benar, maka beliau tidak tunduk dengan desakan tersebut, malah
membuat tindak balas dengan merombak kabinet dan memecat anggota kabinet
yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan.
Sebenarnya, kejadian yang berlaku dalam Umno kini, bukannya disebabkan oleh DS Najib, melainkan oleh mereka yang mahu berkuasa.
Atas sebab itu, meskipun
pihak lawan dalam keadaan bercelaru, namun umno tidak dapat
memanfaatkannya, kerana Umno juga dalam keadaan berkecamuk, saling
menghunus pedang antara satu sama lain.
Bagaimana akar umbi bertaut?
sedangkan para bapa dan ibu saling bertikaman!!!! seperti kata
peribahasa, bagaimana ibu ketam menyuruh anaknya berjalan lurus, sedang
dirinyapun tidak boleh berjalan lurus.
Melihat kepada keadaan ini, Parti tiada pilihan, melainkan memecat para pemimpin yang sedang menganggu kepimpinan,.
Walaupun tindakan itu pedih
dan akan membawa pemeberontakan daripada penyokong yang dipecat itu,
yakinlah, tindakan itu lebih baik berbanding membiarkan mereka mereka
merosakkan parti.
Monday, 7 March 2016
Sunday, 6 March 2016
Laporan Polis Oleh Pemuda Umno Bagan Datok Berkenaan Isu Penghinaan Terhadap Penghinaan YAB Dato Seri Di raja Zahid Hamidi
Report diteruskan di semua balai polis di balai polis bagan dato,rungkup dan Hutan melintang dan seterusnya IPD dan berharap PDRM mengambil.tindakan tegas kepd doris jones.yang kurang ajar mengedit gambar ahli parlimen bagan dato merangkap peminpin no 2 malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)