PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

PEMUDA YANG BERJIWA RAKYAT

Tuesday, 17 June 2014

Najib : Kedudukan BN Perak Lebih Kukuh



KUALA LUMPUR,  - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri Perak terus diperkukuh susulan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata ia juga tergambar daripada perjumpaan tertutup yang dihadirinya bersama pimpinan parti-parti komponen BN Perak di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pagi Sabtu.

"Kemenangan Datuk Mah Siew Keong dan Gerakan pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini membayangkan pengukuhan Barisan Nasional di negeri Perak.

"Kita harus terus bersatu dan berusaha dalam membawa agenda pembangunan agar negara terus kekal aman dan makmur," katanya dalam catatan di laman Facebook semalam.

Pada PRK 31 Mei itu, Mah yang juga Presiden Gerakan menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Menurut rekod, kemenangan Mah bukan sahaja menyaksikan kejayaan merampas semula kerusi Parlimen berkenaan malah memperkukuh kedudukannya sebagai Presiden Gerakan yang dimenangi Oktober tahun lepas, serta kedudukan parti itu dalam BN.

No comments:

Post a Comment